PEMAIN-pemain negara meraikan
gol pertama yang dijaringkan oleh Mohd. Aidil Zafuan Abd. Radzak dalam
perlawanan Kumpulan B bola sepak Sukan Asia menentang Laos di Incheon, Korea
Selatan semalam.
INCHEON - Ketua skuad bola
sepak bawah 23 tahun, Mohd. Aidil Zafuan Abd. Radzak yang telah melaksanakan
tugasnya dengan baik dalam aksi menentang Laos berharap kemenangan besar
semalam meningkatkan semangat pasukan menjelang pertemuan dengan Arab Saudi
pada Ahad ini.
Mohd. Aidil membuka tirai
jaringan ketika dia dan rakan-rakannya membelasah Laos 4-0 dalam perlawanan
kedua peringkat Kumpulan B acara bola sepak lelaki Sukan Asia di Stadium Ansan
Wa menerusi tandukan pada minit ke-12.
"Bagi saya gol tadi
penting buat pasukan dan diri saya sendiri terutama selepas gagal menjaringkan
gol ketika menentang Korea Selatan Ahad lepas.
"Saya harap dengan
kemenangan ini akan membolehkan pasukan terus meraih gol apabila menentang Arab
Saudi," katanya selepas perlawanan.
Sementara itu, pemain tengah
Harimau Muda, Gary Steven Robbat berkata, dia dan rakan-rakan sepasukannya
bertekad untuk meraih kemenangan ke atas Arab Saudi sekali gus menempah tempat
di suku akhir.
Malah Gary turut berharap agar
diberikan peluang berada dalam kesebelasan utama untuk perlawanan terakhir di
peringkat kumpulan itu.
"Ketika ini keadaan saya
semakin baik biarpun dalam perlawanan tadi masih terasa kesakitan akibat
kecederaan lalu.
"Biarpun perlawanan hari
ini (semalam) saya tidak menjaringkan gol namun dapat membantu rakan meraih gol
sudah memadai," katanya.
Gary dimasukan pada minit ke-63
bagi menggantikan Ahmad Hazwan Bakri dan telah membantu penyerang, Mohd. Nor
Farhan Muhammad menjaringkan gol kedua skuad negara pada minit ke-76 setelah
membuat umpanan di depan gawang Laos.
SUMBER-
Artikel Penuh:
http://www.utusan.com.my/utusan/Sukan/20140918/su_02/Kemenangan-bakar-semangat#ixzz3Dcfgcb4X
© Utusan Melayu (M) Bhd
No comments:
Post a Comment