24 September 2014
Pelumba basikal negara Mohd
Azizulhasni Awang gagal memintas kepantasan pelumba China, Bao Saifie dalam
penentuan pingat gangsa dalam acara pecut lelaki di Velodrom Antarabangsa
Incheon pada Temasya Sukan Asia ke-17, Incheon hari ini. - Foto Bernama Pelumba
basikal negara Mohd Azizulhasni Awang gagal memintas kepantasan pelumba China,
Bao Saifie dalam penentuan pingat gangsa dalam acara pecut lelaki di Velodrom
Antarabangsa Incheon pada Temasya Sukan Asia ke-17, Incheon hari ini. - Foto
Bernama
KESILAPAN percaturan gear
berikutan cuaca mendung menyebabkan jaguh trek negara Azizulhasni Awang gagal
meraih pingat gangsa dalam acara pecut lelaki pada Sukan Asia ke-17 di sini,
hari ini.
Pelumba dengan nama jolokan
'The Pocketrocket Man', sekadar mendapat tempat keempat selepas tewas kepada
pelumba China, Bao Saifel 2-1 dalam penentuan gangsa.
Terdahulu, pelumba berusia 26
tahun itu gagal ke final selepas kalah 2-0 kepada pelumba Jepun, Tomoyuki
Kawabata pada saingan separuh akhir.
"Kecewa dan sedih sebab
saya datang dengan penuh semangat. Rasa semua okay dan sasaran untuk bersaing
pingat emas.
"Mungkin silap menggunakan
gear kerana susah nak ramal hari ini sebab cuaca mendung dan keadaan angin
tidak menentu.
"Saya masih pakai gear
yang sama semalam. Lepas habis perlumbaan, baru
dapat tahu pelumba Jepun itu pakai gear lebih besar," katanya.
Katanya beliau juga kecewa
kerana gagal menghadiahkan pingat seperti yang dijanjikan kepada anak
kesayangan beliau, Amna Maryam yang berusia hampir dua tahun.
"Insya-Allah, saya akan
sumbang pingat dalam acara keirin," katanya yang akan mempertahankan
pingat emas dalam acara kegemarannya itu esok. - Bernama
Ketua pasukan Nadia Abdul
Rahman berkata, rakan sepasukannya telah melaksanakan tugas dengan baik dan
perlu meraih kemenangan ke atas India Jumaat ini andai mahu mencapai sasaran
ditetapkan.
"Kami telah melakukan yang
terbaik buat pasukan cuma tidak dapat membuat jaringan besar ke atas Thailand.
"Selepas ini kami perlu
meningkatkan keupayaan pasukan terutama pada jentera serangan apabila menentang
India," katanya.
Pada perlawanan tersebut,
Malaysia memulakan saingan dengan gerakan tersusun terutama ketika melancarkan
serangan di kawasan D lawan.
Gol pertama negara diraih
menerusi Fazilla Sylvester Silin pada minit ke-24 hasil jaringan pukulan sudut
penalti.
Malaysia tidak menunggu lama
untuk menjarakkan kedudukan apabila menambah jaringan pada minit ke-27 menerusi
pukulan sudut penalti yang dimanfaatkan dengna baik oleh Siti Noor Amarina
Ruhani.
Gol tunggal Thailand hadir pada
minit ke-53 hasil gol padang Tikhamporn Sakunpithak. - UTUSAN
SUMBER
Artikel Penuh:
http://www.utusan.com.my/utusan/Sukan/20140925/su_07/Anak-buah-Nasihin-raih-kemenangan-sulung#ixzz3EI9CH4kh
© Utusan Melayu (M) Bhd
No comments:
Post a Comment