Incheon: Pertembungan
dinanti-nanti antara jaguh perseorangan negara Datuk Lee Chong Wei dengan musuh
tradisinya Lin Dan menjadi kenyataan pada separuh akhir Sukan Asia Incheon,
hari ini.
Chong Wei, pilihan utama
temasya, bangkit daripada tewas set pertama sebelum menundukkan Nguyen Tien
Minh dari Vietnam 21-23, 21-16, 21-17 dalam masa satu jam 15 minit manakala Lin
Dan mudah menyingkirkan bintang Jepun, Kenichi Tago 21-14, 21-18 pada suku
akhir di Gimnasium Gyeyang, semalam.
Pemain nombor satu dunia itu
kalah kepada jaguh China, Lin Dan pada perlawanan penentuan emas di Guangzhou
empat tahun lalu.Kali terakhir dia mengatasi
musuhnya itu adalah pada final Terbuka Korea 2012 dan sejak itu tewas semua
tiga pertemuan dengan lawannya itu yang kini unggul dengan 22-9 bagi rekod
pertemuan sesama mereka.“Saya memang mempersiapkan diri
menghadapi aksi separuh akhir. Saya harap dapat bersedia dari segi mental dan
fizikal dan tidak mahu membuat banyak kesilapan,” kata Chong Wei sebelum
mengetahui Lin Dan lawannya pada separuh akhir.Satu lagi pertemuan separuh
akhir menyaksikan juara dunia Chen Long dari China berdepan pemain Hong Kong,
Wei Nan.
Datuk Lee Chong Wei
Sementara itu pasangan Goh v
Shem-Tan Wee Kiong gagal ke final beregu lelaki apabila tewas kepada pilihan
pertama tuan rumah, Lee Yong Dae-Yoo Yeon Seong 6-21, 15-21 pada separuh akhir.
Sumber-
Artikel ini disiarkan pada :
2014/09/28
No comments:
Post a Comment