Oleh RAFIE AZIMI
ALOR SETAR 29 Sept. - Kerajaan
didesak supaya menggubal satu akta khas bagi melindungi kemuliaan dan kesucian
institusi Raja-Raja Melayu dengan memperuntukan hukuman berat terhadap mereka
yang melakukan sebarang bentuk penghinaan.
Melalui sidang akhbar bersama
antara Pergerakan Pemuda UMNO Kedah dan Selangor di sini hari ini, kedua-dua
pihak turut menggariskan enam lagi cadangan yang dirasakan perlu bagi
menghalang perkara itu daripada terus berleluasa termasuk melucutkan taraf
kewarganegaraan individu yang didapati bersalah.
Sidang akhbar tersebut diadakan
bagi mengecam kebiadaban Ahli Dewan Undangan Negeri Alor Setar daripada Parti
Keadilan Rakyat (PKR), Gooi Hsiou Leong yang mempertikai kuasa Sultan Selangor,
Sultan Sharafuddin Idris Shah dalam isu pelantikan Menteri Besar yang baharu. -
UTUSAN ONLINE
Sumber-
Artikel Penuh:
http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20140929/dn_37/Gubal-akta-khas-lindungi-kemuliaan-institusi-Raja-Raja-Melayu#ixzz3Ei2OHF6L
© Utusan Melayu (M) Bhd
No comments:
Post a Comment