Ad

Monday, 15 September 2014

Harimau Malaya banyak kelemahan


IZATTY NURUL AMIRA SUHAIMI
16 September 2014
Safee Sali masih mendapat kepercayaan Dollah Salleh untuk disenaraikan dalam skuad Harimau Malaya.
Safee Sali masih mendapat kepercayaan Dollah Salleh untuk disenaraikan dalam skuad Harimau Malaya. Safee Sali masih mendapat kepercayaan Dollah Salleh untuk disenaraikan dalam skuad Harimau Malaya.

KEKALAHAN pasukan kebangsaan dalam perlawanan persahabatan menentang Indonesia kelmarin, menunjukkan skuad negara memerlukan penambahbaikan bagi menghadapi kempen Piala AFF 2014 November ini.

Bekas pemain bola sepak negara era 80-an, Khalid Ali ketika diminta mengulas aksi Harimau Malaya dalam perlawanan tersebut berkata, masih terdapat banyak kelemahan dan kesilapan yang dilakukan oleh pemain negara.

“Kita dapat lihat terdapat kelemahan seperti hantaran bola, serta kesilapan ketika cubaan menyelamatkan gol. Malah peletakan posisi pemain juga masih lemah. 

Bagaimanapun, Khalid percaya dengan kemampuan pengendali skuad negara, Dollah Salleh untuk memastikan anak-anak buahnya betul-betul bersedia menjelang Piala AFF nanti.
“Saya harap Dollah mampu mengeluarkan idea bernas untuk memantapkan lagi pasukan negara berdasarkan pengalaman berdepan Indonesia ini.

“Kita masih ada lebih kurang sebulan sebelum Piala AFF, mungkin Dollah sedang mencari-cari gandingan terbaik untuk diturunkan dalam kejohanan itu nanti,” katanya.

Khalid  memberitahu, persefahaman dan kerjasama dalam pasukan masih kurang menyebabkan lawan mudah mengambil peluang. Selain gandingan antara pemain yang dilihat tidak menjadi sepanjang perlawanan tersebut.

“Strategi yang digunakan masih meragukan, tapi ini mungkin salah satu eksperimen jurulatih dalam mencari pemain terbaik untuk diturunkan semasa Piala AFF nanti,” katanya.

Menurutnya, kehadiran pemain senior juga tidak banyak membantu walaupun pemain yang diturunkan dalam perlawanan kelmarin merupakan pemain terbaik dalam Liga Super dan Piala Malaysia.

Jelas Khalid, kelemahan paling nyata dalam skuad negara ialah dari segi kecergasan pemain.

Katanya, perlawanan melibatkan negara luar merupakan perlawanan tahap antarabangsa yang memerlukan pemain mempunyai tahap kecergasan tinggi supaya mampu bersaing.

“Dalam perlawanan ini kita dapat lihat tahap kecergasan pemain negara masih kurang baik berbanding pemain Indonesia. Susah untuk kita beraksi dengan baik apabila berdepan dengan lawan sebegini,” jelasnya.

Dalam pada itu, skuad negara bakal berdepan dengan Kemboja dalam satu lagi perlawanan persahabatan 20 September ini di Stadium Shah Alam.

Khalid menyifatkan Kemboja juga merupakan salah sebuah pasukan yang kuat dan berharap skuad negara mempunyai perancangan tersendiri untuk berdepan dengan pasukan itu nanti.

Sumber-Sinar Harian Online 16.9.14

No comments:

Post a Comment