Oleh-AHMAD BIN YAAKOB
Undang-undang 99 Perak ialah
undang-undang tertua sekali di Perak berkaitan dengan hal ehwal agama dan
tradisi masyarakat Melayu tradisional.Undang-undang 99 Perak dikanunkan pada
tahun 1867 dan berkuatkuasa sehingga tahun 1900 apabila digantikan dengan
undang-undang lain, iaitu bab Federated Malay States (FMS) 197.
Para pengkaji sejarah bersetuju
bahawa Undang-undang 99 Perak bukanlah undang-undang yang digubal dan berasal
dari Perak tetapi dibawa dari luar. Dipercayai bahawa undang-undang tersebut
dibawa oleh Syed Hassan dari Hadramaut pada zaman pemerintahan Sultan Ahmad
Tajuddin marhumTiurah Abang (1577 - 1584) dan Tuan Syed Abdul Majid sebagai
menterinya. Teks Undang-undang 99 Perak disalin semula oleh Syed Jaafar bin Syed Unus dengan membuat perubahan
bersesuaian dengan masyarakat Perak.
Undang-undang 99 Perak
memperlihatkan format undang-undang yang tersusun dalam bentuk soalan dan
jawapan antara Raja Nasruan Adil dengan menterinya, Khoja Berza Amir Makim.
Terdapat ciri-ciri keislaman, unsur bertimbang rasa, dan kompromi dalam
Undang-undang 99 Perak.
Undang-undang Perak dikenali
sebagai Undang-undang 99 Perak kerana mengandungi 99 perkara berkaitan
undang-undang dalam pelbagai aspek.Undang-undang ini membuktikan masyarakat
Melayu telah mempunyai sistem kehakiman berkaitan dengan kes-kes yang biasa
berlaku dalam masyarakat pada zaman tradisional. Oleh demikian, Undang-undang
99 Perak dapat dijadikan bukti gambaran masyarakat Melayu tradisional dan
tamadun Melayu di Perak.
Prinsip-prinsip umum
(a) Penzinaan
(i) Fasal 6
Hukuman bagi pesalah yang
mengambil isteri orang.
Fasal 6 memperuntukkan seorang
pesalah yang mengambil isteri orang lain akan dibuang daripada mukimnya.
Sekiranya tidak dibuang, dia hanya dikehendaki membayar denda (emas)' Bagi
perempuan pula, hukumannya adalah dicukur rambutnya tetapi dia akan dilepaskan
sekiranya membayar denda.
(ii) Fasal 50
Hukuman bagi pesalah yang
melakukan zina.
Fasal 50 adalah tentang
penzinaan jika kedua-dua penzina mengakuinya, mereka hanya diperintahkan
bernikah dan membayar, denda sepaha emas. Jika penghulu mendapati tiada kesalahan,
maka kesalahan itu boleh dibincangkan atau dimaafkan.
(b) Perkahwinan
(i) Fasal 65
Undang-undang 99 Perak
memperuntukkan bahawa pasangan yang baharu bernikah. Pasangan suami isteri
tidak dibenarkanbersama selama lebih
kurang 40 hari atas alasan untuk menjaga keimanan masing-masing.
(c) Pembunuhan
(i) Fasal 23
Hukum membunuh - pembunuhan
sesama orang Islam.
Fasal 23 memperuntukkan hukuman
terhadap orang Islam Orang Islam yang membunuh orang Islam tidak boleh dijatuhi
hukuman bunuh kerana kedua-duanya akan binasa. Cuma orang yang
membunuh itu menjadi kafir.
Hukuman yang boleh dikenakan ialah denda empat tahil dua paha emas (dua dirham)
dan disedekahkan setahil sepaha emas.
(ii) Fasal 4
Hukum membunuh - orang kafir
membunuh orang Islam.
Fasal 4 memperuntukkan seorang
kafir membunuh seorang Islam. Orang kafir yang membunuh itu tidak boleh dibunuh
balas kerana jika kafir ini dibunuh balas, tiada peluang bagi kafir tersebut
memeluk Islam. Sebaliknya, pewaris si pembunuh hanya dikehendaki membayar
sejumlah wang (dalam bentuk emas) kepada keluarga simati.
(d) Protokol / Peraturan Raja /
Orang Besar
(i) Fasal 24
Protokol istana
Di bawah Fasal 24, seseorang
itu perlu mematuhi beberapa peraturan jika mengadap raja atau pembesar seperti
menundukkan kepalanya semasa duduk dalam balai balairung seri, menumpukan
perhatian (tidak boleh menolehkan pandangannya), tidak boleh memandang muka
raja atau Pembesar, tidak boleh bercakap atau bertutur kata dalam nada suara
yang tinggi, dan perlu duduk diam berdasarkan adat menghadap raja atau
Pembesar.
(ii) Fasal 77
Peraturan raja
Fasal 77 menetapkan jika
seseorang raja atau pemerintah di negeri tersebut mangkat,maka takhta
pemerintahantersebut akan diwarisi oleh anak raja yang paling tua umurnya' Jika
tiada'
maka anak raja yang umurnya
paling kecil akan mewarisi takhta.
raja tersebut. Berdasarkan
undang-undang tersebut, syarat utama bagi anak raja untuk mewarisi takhta
pemerintahan ialah anak raja tersebut mesti anak gahara, iaitu anak yang
dilahirkan oleh
raja dan permaisurinya daripada
golongan diraja.
Peperangan
(i) Fasal 74
Fasal 74 menyatakan sekiranya
sesebuah negeri ingin berperang dengan negeri lain, strategi untuk menang ialah
meningkatkan belanja, tenaga tentera, senjata, menggunakan akal fikiran,
mempunyai ilmu yang luas,
meminta bantuan daripada negeri yang berhubung, mempunyai semangat berani,
menggunakan muslihat, memperkukuhkan kewangan, mendapatkan seorang
pemimpin yang mendapat sokongan
ramai, dan tidak mengikut kata-kata orang.
Pembahagian harta
(i) Fasal 33
Fasal 33 memperuntukkan bahawa
dalam pembahagian harta simati, anak perempuan akan diberikan rumah, kebun,
pingganmangkuk, dan peralatan dapur. Alatan besi atau senjata, sawah
padi, atau lombong diberikan
kepada anak lelaki. Segala hutang dan harta dibahagikan seperti berikut: anak
lelaki mendapat bahagian dua kali lebih daripada anak perempuan. Harta lain
akan
dibahagikan sama rata kepada
semua anak secara adil. Anak yang belum berkahwin mesti mendapat sepuluh
peratus lebih daripada anak lain.
Hal ehwal di kampung
(i) Fasal 2l
Fasal 21 mengatakan jika
penduduk kampung mendakwa penduduk kampung yang lain melakukan kesalahan, iaitu
kesalahan dari segi perlakuan atau pertuturan, maka dia tidak
boleh dijatuhkan hukuman dari
segi denda. jika orang itu melakukan kesalahan buat kali kedua, baharulah
pesalah itu boleh diambil tindakan yang sesuai.
Orang dagang
(i) Fasal 51
Fasal 51 menyatakan sekiranya
orang dagang masuk ke dalam kampung dan meminta kebenaran untuk bermalam tetapi
tidak dibenarkan atau dibenarkan bermalam tetapi hanya diberi makanan cukup
hingga satu kali pada satu malam, mereka dianggap bersalah.
Hal ehwal agarma
(i) Fasal 58
Di bawah Fasal 58 syarat
menjadi imam atau khatib ialah
mempunyai sifat mulia,
pertuturan yang baik, menguasai maklumat tentang hari bulan dan tahun, sanggup
bersusah-payah demi kebaikan orang lain, bersikap pemurah, menjadi orang yang
awal masuk ke masjid pada hari ]umaat, dan sanggup membaiki masjid yang rosak.
Hakim/ Kadi
(i) Fasal 79
Fasal 79 manyatakan syarat
menjadi Kadi di dalam negeri atau mukim ialah perlu menguasai segala hukum
Allah s.w.t. dan Nabi Muhammad s.a.w, mengetahui adat dan hukum negeri,
mempunyai suara yang merdu, mempunyai tubuh badan yang sihat, tidak cacat, dan
memiliki sifat yang mulia.
(k) Perlembagaan
(i) Fasal 99
Fasal 99 memperuntukkan
hubungan antara raja dengan pembesar serta rakyat dan hubungan antara rakyat
dengan pembesar.Raja mesti memberitahu semua perkara s:una ada baik atau
buruk kepada pembesar-pembesar
baginda. Begitu juga dengan pembesar negeri yang mesti memaklumkan segala
perkara baik dan buruk kepada raja.
(l) Ternakan / tanaman
(i) Fasal 14
Ternakan Fasal 14 mengatakan
jika binatang itu dicederakan oleh orang lain' hukumannya ialah orang yang
mencederakan binatang itu perlu membayar separuh harga binatang tersebut kepada
tuan Punya binatang tersebut. ]ika seseorang itu memelihara binatang yang haram
dan binatang itu mencederakan orang lain, hukumannya ialah binatang itu akan
dibuang dan tuan binatang tersebut perlu membayar sepaha emas kepada orang yang
dicederakan oleh binatangnya. Jika orang yang dicederakan oleh binatang
tersebut mati, maka binatang tersebut perlu dipulangkan kepada waris simati dan
tuan punya binatang tersebut perlu membayar denda sebanyak setahil sepaha emas.
|ika binatang yang haram mencederakan orang lain dan orang tersebut meninggal
dunia, maka tuan punya binatang tersebut hanya perlu membayar denda sebanyak
sepaha emas sahaja.
(ii) Fasal 15
Fasal 15 mengatakan jika
sesuatu tanaman dimusnahkan oleh seseorang dan tanaman yang tinggal itu tidak
berguna lagi, walaupun tuan punya tanaman itu tidak meminta sebarang pampasan, orang
yang memusnahkan tanaman tersebut perlu membayar separuh harga tanaman itu dan
denda sebanyak sepaha emas. Tetapi, jika tanaman yang dimusnahkan oleh orang
tersebut masih berguna, orang yang memusnahkan tanaman tersebut perlu membayar
harga tanaman tersebut dan denda sebanyak sepaha emas.
No comments:
Post a Comment