Oleh- AHMAD BIN YAAKOB
Peranan Raja Thibaw dalam
penentangannya terhadap British pada abad ke-19.
Raja Thibaw dilahirkan pada
tahun 1858 di Mandalay, Myanmar. Raja Tihibaw merupakan anak Raja Mindon Min
dengan Puteri Laungshe. Raja hibaw mendalami ajaran agama Buddha di tokong
sejak kecil lagi. Baginda pemerintah terakhir Dinasti Konbaung di Myanmar.
Beliau memerintah antara tahun 1878-1885. Pemerintahannya berakhir detelah
pendudukan Hulu Myanmar oleh British. Beliau meninggal dunia pada 19 Disember
1916 di Ratnagiri Fort, India.[1]
Peranan dalam penentangan terhadap British
Raja
Thibaw sangat dikuasai oleh Permaisuri Supayalat dan Taingda sehingga Hluttaw,
sebuah badan yang berpengaruh dalam sistem pemerintahan pusat merasa terancam lalu
terpaksa mengikut sahaja dasar Raja Thibaw dan permaisurinya.
Raja
Thibaw mengamalkan pemerintahan yang keras, menekan, dan menindas berbanding
dengan pemerintahan ayahandanya yang bertolak ansur dengan istana, rakyat, dan
kuasa asing. Sikap Raja Thibaw menyebabkan saudagar-saudagar British merasa
tidak puas hati lalu mendesak kerajaan British di India supaya menguasai
Myanmar Hulu.
Pada
zaman pemerintahan Raja Thibaw perbendaharaan Myanmar Hulu mengalami masalah
kekurangan sumber pendapatan. Sebagai menyelesaikan masalah tersebut, Raja
Thibaw meningkatkan cukai terhadap golongan masyarakat.[2]
Dari
segi pentadbiran, Raja Thibaw menambahkan jumlah jabatan dalam Hluttaw daripada
empat menjadi empat belas. Satu unit pentadbiran baharu di peringkat daerah,
iaitu khayaing dibentuk mengikut model pentadbiran British di India. Tujuannya
adalah untuk memusatkan pentadbiran di istana Myanmar Hulu. Myanmar Hulu
dibahagikan kepada sepuluh daerah di
bawah
Menteri Daerah. Raja Thibaw juga memperkenalkan jawatan Myo-ok mengikut sistem
pentadbiran yang diamalkan oleh British di Myanmar Hilir.[3]
Dasar Luar Raja Thibaw
Hubungan dengan Perancis dan British
Raja Thibaw mengamalkan dasar
berbaik-baik dengan kuasa Perancis sebagai usaha untuk menangani ancaman dan
kemaraan British. Beliau memahami bahawa British tidak senang dengan kehadiran
Perancis di Annam dan Tongking. Beliau telah bertindak menjalinkan perjanjian
perdagangan dengan Perancis dan menghantar wakilnya, Atwinwun ke Paris untuk
membuat perjanjian yang ditandatangani pada 1 Januari 1885. Sebenarnya, Raja
Thibaw ingin membeli senjata dari Perancis.
British mendapat tahu tentang usaha Raja
Thibaw tersebut. Duta British telah menemui dengan wakil Perancis, Fules Ferry
dan menyatakan British akan menggunakan kekerasan ke atas Myanmar sekiranya
pihak Perancis masih lagi terlibat dalam perkara senjata ini. Pihak Perancis
telah memberi jaminan bahawa isu senjata tidak disentuh dalam perjanjian dengan
Myanmar kerana yang ditandatangani hanyalah perjanjian perdagangan yang tidak
mengandungi apa-apa implikasi politik atau bantuan ketenteraan kecuali wakil
Perancis akan ditempatkan di Mandalay.[4]
Perancis melalui wakilnya, Frederic Haas
pernah menasihati Raja Thibaw supaya mengeratkan hubungan dengan British. Raja
Thibaw tegas dengan pendirian tidak mahu menerima semula Residen British.Raja
Thibaw berpendapat beliau boleh menangani kekuasaan British dengan bantuan
Perancis. Oleh itu, beliau banyak memberi keistimewaan seperti kebenaran
menubuhkan bank di Mandalay kepada pihak Perancis. Pembinaan jalan kereta api
dari Mandalay ke Toungoo adalah atas pembiayaan Perancis.
Terdapat
khabar angin bahawa orang Perancis akan mengambil alih pengurusan hak monopoli
diraja, mengawasi perkhidmatan pos, menjalankan kapal-kapal di Sungai Irrawady,
dan dapat menyewa lombong-lombong batu delima. Semua perkara tersebut
membimbangkan pihak British di Myanmar Hilir. Yang memburukkan Iagi hubungan
Raja Thibaw dengan British ialah berita yang menyatakan bahawa Perancis akan
menghantar senjata ke Myanmar sebaik sahaja keamanan di Tongking berjaya
dipulihkan.[5]
Tindakan Raja Thibaw terhadap Syarikat Perdagangan
Bombay-Myanmar
Syarikat
Perdagangan Bombay-Myanmar mengusahakan perdagangan kayu jati di kawasan
Myanmar Hulu. Raja Thibaw yang tidak menyukai British telah mengambil tindakan
terhadap syarikat ini dengan mengemukakan perkara berikut terhadap syarikat
tersebut:
(a)
Mengeluarkan kayu jati melebihi dua kali ganda daripada yang
dibenarkan.
(b)
Memberi rasuah kepada pegawai kerajaan.
(c)
Tidak memberi upah yang sewajarnya kepada pekerja-pekerja Myanmar seperti yang
dijanjikan.
Syarikat
ini didenda sebanyak 23 juta rupee dan ini menyebabkan pihak British berasa
tidak berpuas hati walaupun penipuan syarikat tersebut agak benar seperti yang
dibuktikan oleh Majlis Hluttaw.British dengan segera meminta diadakan rundingan
tetapi Raja Thibaw menolaknya kerana beliau yakin Perancis akan menyokong dan
membantu Myanmar dalam saat-saat seperti itu. Akan tetapi, pada bulan
September, Freycinet (menggantikan fules Ferry) telah mengubah dasar Ferry
dengan serta-merta. Raja Thibaw terpaksa menghadapi sendiri masalahnya dengan
pihak British.
British
menganggap hukuman Raja Thibaw terhadap syarikat tersebut tidak adil lalu
bersiap sedia untuk bertindak secara kekerasan terhadap Myanmar. Duta Myanmar
di Perancis dan duta China di London cuba menawarkan diri untuk berunding
tetapi British enggan.British menghantar kira-kira 10 000 orang tentera ke
Myanmar. British memberi kata dua supaya Raja Thibaw mencari orang tengah bagi
menyelesaikan masalah Syarikat Perdagangan Bombay-Myanmar dan pada masa hadapan
dasar luar Myanmar akan ditentukan oleh kerajaan British. Raja Thibaw diberi
tempoh masa sehingga l0 November 1885 untuk memberi jawapan.[6]
Raja
Thibaw membalas dengan reaksi berikut:
(a)
Bersetuju menerima wakil British.
(b)
Meneruskan hubungannya dengan Perancis.
(c)
Memberi hak perdagangan yang sama kepada semua kuasa Barat.British tidak puas
hati dengan jawapan Raja Thibaw lalu mengisytiharkan perang ke atas Myanmar
Hulu pada 11 November 1885. British berjaya menakluki Myanmar Hulu pada 1
Januari 1886.Kejayaan ini menyebabkan Myanmar menjadi tanah jajahan British
sepenuhnya.[7]
[1] Ruslan Zainuddin dan Abd Sukor Yusuf,AceAhead Teks STPM Sejarah Malaysia dan Asia Tenggara
(1800-2000)Penggal 3 Edisi Kemaskini,
(Shah Alam: Oxford Fajar,2014) ,310.
[2] Ong Loo Chen, Pra U
Teks STPM Penggal 3, (Bandar Baru Bangi:Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.,2013),326.
[4] Ong Loo Chen, Pra U
Teks STPM Penggal 3, (Bandar Baru Bangi:Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.,2014),324.
[6] Ong Loo Chen, Pra U
Teks STPM Penggal 3, (Bandar Baru Bangi:Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.,2013),327.
[7]Ruslan
Zainuddin dan Abd Sukor Yusuf,AceAhead
Teks STPM Sejarah Malaysia dan Asia Tenggara (1800-2000)Penggal 3 Edisi Kemaskini, 311.
No comments:
Post a Comment