FADHLI Shas (kanan) dan Darren
Lok menjalani latihan di Wisma FAM. FOTO Saifullizan Tamadi
Aziman Rosdi
aziman@hmetro.com.my
Kuala Lumpur: Tonggak
pertahanan tengah Mohamad Fadhli Shas perlu kembali ke prestasi terbaik jika
mahu kekal dalam skuad Harimau Malaysia bagi saingan Piala AFF buat kali ketiga
berturut-turut di Yangon, Myanmar, November depan.
Pengendali kebangsaan Datuk Ong
Kim Swee masih mahu memberi kepercayaan kepada pemain Johor Darul Ta’zim (Johor
DT) itu meskipun dikritik hebat susulan persembahan buruk ketika Malaysia
tumpas 0-3 kepada Indonesia pada aksi persahabatan bulan lalu.
Fadhli berada dalam senarai 25 pemain
ke Singapura bagi aksi persahabatan di Stadium Nasional esok dan dengan Shahrom
Kalam yang baru kembali berlatih serta Ronny Harun diketepikan akibat
kecederaan, dia dijangka diturunkan dalam perlawanan itu.
Bagi bekas pemain Harimau Muda
A berusia 25 tahun itu, dia sedar akan kesilapan dilakukan dalam perlawanan
sebelum ini dan bertekad menebusnya semula.
“Mungkin salah satu (tekanan)
tapi bagi saya itu bukan masalah besar kerana jurulatih memanggil semua pemain
yang layak bermain bersama pasukan ini.
“Saya perlu tunjukkan sesuatu
kalau diberi peluang bermain. Saya perlu fokus, kena bagi yang terbaik dan tak
mengulangi kesilapan,” kata Fadhli, tonggak skuad juara Piala AFF 2010.
Skuad kendalian Kim Swee tiba
di Singapura semalam dan akan melakukan persiapan terakhir menjelang
pertembungan Causeway Challenge 2016 itu.
Fadhli tidak diturunkan ketika
Harimau Malaysia menang 3-1 ke atas pasukan jiran itu pada aksi peringkat
kumpulan Piala AFF dua tahun lalu dan dia mengakui penting untuk mereka terus
mencatat kemenangan bagi menyuntik keyakinan semula.
“Kebanyakan semua pemain
mengenali pemain Singapura, sudah tahu corak permainan mereka, jadi kita pergi
sana untuk dapatkan keputusan, insya-Allah kita boleh menang,” katanya.
Selepas pertembungan dengan
Singapura, anak buah Kim Swee akan kembali ke tanah air untuk menghadapi satu
lagi perlawanan persahabatan menentang Afghanistan di Stadium Shah Alam pada 11
Oktober ini.
SUMBER-Artikel ini disiarkan
pada : Khamis, 6 Oktober 2016 @ 8:54 AM
No comments:
Post a Comment