Ad

Monday, 10 October 2016

Ronny, Adam sedia diturunkan

10 Oktober 2016 12:32 AM
 ORANG ramai  tidak melepaskan peluang untuk bergambar bersama
ORANG ramai tidak melepaskan peluang untuk bergambar bersama pemain Harimau Malaysia dalam sesi bersama peminat di One Utama , Damansara semalam. UTUSAN/HALIM KHALID
KUALA LUMPUR 9 Okt. – Selepas sekadar menjadi penonton di bangku simpanan ketika Harimau Malaysia seri dengan Singapura minggu lalu, Ronny Harun dan Adam Nor Azlin bersedia diturunkan dalam aksi persahabatan menentang Afghanistan di Stadium Shah Alam, Selasa ini.

Bagaimanapun keputusan itu terletak kepada percaturan jurulatih, Datuk Ong Kim Swee sama ada akan melakukan rombakkan atau tidak.

Pemain tengah Selangor, Adam berharap mendapat peluang untuk diturunkan, tambahan perlawanan itu berlangsung di laman sendiri dan dia menyifatkan pasukan negara bermain dengan baik ketika menentang Singapura Jumaat lalu.

Malah pemain berusia 20 tahun itu, percaya rakan-rakan sepasukannya akan bermain habis-habisan untuk mencipta kemenangan bagi me­ningkat moral pasukan.

“Bagi saya ia satu permulaan baik setelah kita kalah kepada Indonesia.

“Harap pada perlawanan menentang Afghanistan kita akan mencipta kemenangan bagi menaikkan moral pasukan.

“Pada perlawanan seterusnya kita tidak boleh jangkakan satu perubahan besar dilakukan jurulatih tetapi semua pemain bersedia diturunkan,” katanya ketika ditemui pemberita di program Hidup Lebih Mudah anjuran Telekom Malaysia di sini hari ini.

Turut hadir dalam program itu adalah penolong jurulatih negara, Hassan Sazali dan pemain iaitu Baddrol Bakhtiar, Ahmad Fakri Saarani dan Hazwan Bakri.

Sementara itu, Ronny yang bermain di posisi pertahanan juga bersedia diturunkan andai khidmatnya diperlukan.

“Ketika bertemu Singapura walaupun kita bermain di tempat lawan, tapi bagi saya kita menampilkan aksi lebih baik berbanding bermain di Indonesia,” kata tonggak kental Sarawak itu.

Sumber-UTUSAN MALAYSIA ONLINE 10 Oktober 2016

No comments:

Post a Comment