FOKUS STPM 2016 -Poor
Man's Party
Oleh-AHMAD BIN
YAAKOB
Latar Belakang
Dr. Ba Maw
merupakan seorang peguam yang berjaya membela Saya San yang
melancarkan pemberontakan menentang British pada tahun 1931 hingga tahun 1932.
Sejak itu, beliau popular dalam kalangan rakyat jelata sebagai wira yang dapat
mempertahankan hak mereka. Berdasarkan situasi tersebut, Dr. Ba Maw menubuhkan
Sin Ye Tha Ah-pwe
pada tahun 1936. Parti ini merupakan parti politik
pertama di Myanmar yang berjaya menarik sokongan rakyat yang kebanyakannya
merupakan kaum tani dan buruh yang miskin.
Hanya 16 calon Sinyetha dilantik ke Dewan Perundangan
yang mengandungi 132 kerusi. ini menunjukkan kurangnya sokongan daripada
golongan nasionalis. Akan tetapi, pada tahun 1937, Dr. Ba Maw dilantik sebagai Perdana
Menteri bangsa Myanmar yang pertama selepas Myanmar diasingkan daripada
pentadbiran di India. Ini membuktikan sokongan yang semakin hebat kepada Dr. Ba
Maw sejak penubuhan Poor Man Party.[1]
Sebab dan Matlamat
Penubuhan
Penubuhan Poor Man Party lebih memperlihatkan keazaman
Dr. Ba Maw untuk memancing undi pilihan raya daripada kelas bawahan yang
merupakan majoriti rakyat miskin. Beliau mengumumkan pemotongan cukai untuk melindungi
petani daripada golongan peminjam wang yang menindas mereka.
Setelah Myanmar diasingkan daripada India pada tahun
1937, muncul Dobama Sinyetha Asiayone yang merupakan gabungan Poor Man's Party
di bawah pimpinan Dr. Ba Maw dan Dobama Asiayone di bawah pimpinan golongan
Thakin.[2]
Pada tahun 1940-an, pertubuhan nasionalis yang memainkan
peranan utama dalam perjuangan kemerdekaan ialah Poor Man Party. Dr. Ba Maw memperjuangkan
idea sosialis melalui Poor Man Party. Beliau mendapat sokongan buruh di
pelabuhan, tuan tanah, tokoh yang berpengaruh, dan mereka yang pernah mendapat
bantuan.
Sebelum serangan Jepun ke atas Myanmar, golongan
nasionalis Myanmar yang kaya berjuang mempertahankan negara (ada nasionalis
yang dipenjarakan oleh British kerana perjuangan radikal. Mereka memerlukan
satu pasukan pertahanan yang terdiri daripada golongan miskin kerana jumlah
mereka yang ramai dan golongan paling tertindas di bawah British.[3]
Pada tahun 1940-an Poor Man’s Party menjadi penting dalam
gerakan nasionalis dan perjuangan kemerdekaan. Para nasionalis bertekad
mencapai kemerdekaan dari British melalui peranan golongan bawahan yang miskin
untuk menentang secara terbuka.[4]
Persatuan Dobama bekerjasama dengan golongan miskin.
Parti baharu Parti Taw-hlan-ya dibentuk. Mereka menegaskan petani tidak
bersalah jika tidak membayar cukai. Kegagalan menbayar cukai digunakan sebagai
senjata untuk menentang penjajah British. Semasa Perang Dunia II, Britain dan
sekutunya kalah teruk. Para nasionalis Burma mengambil kesempatan membentuk
Bama Htwet Gaing Gyi yang dikenali sebagai Burmalutnary Party. Parti ini
melaungkan slogan, Brtain’s woes is Burma’s opportunity.
Di bawah naungan Burma Revolutionary Party ialah Dobama
Sinyetha Asiaone yang terdiri daripada Parti Aung San, iaitu Party Dobama Asiayone dan Parti Dr Ba Maw
iaitu Poor Man’s Party. Kebanyakan ahlinya terdiriidaripada pelajar, petani dan
buruh. Dr Ba Maw dilantik sebagai Pengerusi dan Aung san
sebagai Setiausaha. Poor Man’Party juga memainkan peranan penting dalam
menentang kerajaan U Saw yang sering menangkap dan menghukum pemimpin politik.[5]
[1]Ong
Loo Chen, “Teks Sejarah Malaysia Dan Asia
Tenggara”Penggal 3,( Baru Bangi :Penerbitan
Pelangi Sdn. Bhd., Bandar, 2013),365.
[2] Ong
Loo Chen, “Teks Sejarah Malaysia Dan Asia
Tenggara”Penggal 3,( Baru Bangi :Penerbitan
Pelangi Sdn. Bhd., Bandar, 2014),356.
[3]
Ibid
[4] Ong
Loo Chen, “Teks Sejarah Malaysia Dan Asia
Tenggara”Penggal 3,( Baru Bangi :Penerbitan
Pelangi Sdn. Bhd., Bandar, 2015),356.
[5] Ibid
No comments:
Post a Comment