Kuala Lumpur: Tonggak
pertahanan Kedah Khairul Helmi Johari (gambar) bersedia untuk menggalas tugas
mencabar bersama skuad kebangsaan meskipun sedar kurang pengalaman beraksi di
pentas antarabangsa.
Helmi antara muka baharu yang
dipanggil oleh jurulatih Harimau Malaysia, Datuk Ong Kim Swee bagi melengkapkan
senarai 30 pelatih bagi kem latihan pusat kali ini untuk berdepan Singapura
dalam aksi persahabatan di Stadium Nasional pada Jumaat ini dan Afghanistan di
Stadium Shah Alam pada 11 Oktober.
Dengan masalah persaraan serta
kecederaan pemain pertahanan, ia peluang terbaik buat kapten Kedah itu mencari
tempat dalam pasukan ke Piala AFF di Yangon, Myanmar pada November ini.
“Ia satu penghormatan dan saya
fikir setiap pemain berat untuk menolak dan harus berasa bangga untuk menyertai
kem kebangsaan.
“Bagi saya, terpulang kepada
jurulatih untuk menilai mana-mana pemain kerana apa yang penting pemain harus
bersaing sesama sendiri untuk membuktikan keupayaan.
“Namun, secara peribadi, saya
agak terkejut dan secara tidak langsung, saya fikir tanggungjawab semakin besar
kerana menjadi kapten di pasukan negeri (Kedah) pun bukan mudah. Jadi ini satu
penghargaan dan setiap pemain mesti ada sasaran untuk sampai ke tahap ini,”
katanya kepada pemberita, semalam.
Kehadiran Helmi akan memberikan
Kim Swee lebih banyak pilihan di bahagian pertahanan tengah dengan Fadhli Shas,
Ronny Harun, Shahrul Saad, Shahrom Kalam dan Khuzaimi Piee turut berada dalam
senarai kali ini.
Sumber-Artikel ini disiarkan
pada : Isnin, 3 Oktober 2016 @ 5:56 AM
No comments:
Post a Comment