Ad

Tuesday, 18 October 2016

PERJANJIAN LOW DITANDATANGANI 20.6.1826

Pada  hari  ini  dalam  tahun  1826,  Perjanjian  Low  telah  ditandatangani  di antara Sultan  Abdullah  Muazzam  Shah,  Sultan  Perak  dan  Kapten  James Low, pegawai yang dihantar oleh Gabenor Fullerton, Gabenor di Pulau Pinang ke Perak.  Melalui Perjanjian Low ini, Sultan Perak menyerahkan Pulau Pangkor dan Pulau Sembilan kepada Kompeni Inggeris agar Kompeni Inggeris dapat menghapuskan lanun di situ. Perjanjian ini merupakan lanjutan daripada Perjanjian Burney, iaitu perjanjian yang ditandatangani oleh Kompeni Inggeris dan Kerajaan Siam pada 20 Jun 1826. Di antara syarat-syarat yang terkandung dalam Perjanjian Burney adalah Siam dan Selangor tidak akan menyerang negeri Perak dan Perak bebas diperintahkan oleh Sultannya sendiri. Bagi menjelaskan syarat-syarat Perjanjian ini, Gabenor Fullerton telah menghantar Kapten James Low ke Perak.  Kapten James Low telah mengaku kepada Sultan Perak bahawa Inggeris akan membantu Perak sekiranya Perak diserang oleh Siam. Kesan daripada Perjanjian Low ini, Raja Siam dan Ligor tidak lagi berani mengganggu Perak sehingga Perak berada di bawah naungan Inggeris melalui Perjanjian Pangkor pada 20 Januari 1874.
SUMBER- http://www2.arkib.gov.my/

No comments:

Post a Comment