Ad

Monday, 10 October 2016

Kim Swee bimbang ancaman Afghanistan

ISNIN, 10 OKTOBER 2016 @ 5:00 PM
Oleh Mohamad Zulfaizan Mansor zulfaizan@bh.com.my
 
KETUA Jurulatih Harimau Malaysia, Datuk Ong Kim Swee (dua, kanan) dan Ketua Jurulatih pasukan bola sepak Afghanistan, Peter Segrt (dua, kiri) ketika sidang akhbar sempena perlawanan persahabatan antarabangsa di Wisma FAM dekat Kelana Jaya hari ini. Turut hadir Ketua pasukan Harimau Malaysia, Muhammad Badrool Bakhtiar (kanan) dan Ketua pasukan Afghanistan, Faysal Shayesteh (kiri). - Foto BERNAMA KELANA JAYA:

      Ketua jurulatih Harimau Malaysia, Datuk Ong Kim Swee menuntut semua pemain memahami konsep dan taktikalnya menjelang perlawanan persahabatan dengan Afghanistan di Stadium Shah Alam, malam esok. Jurulatih kelahiran Melaka itu menyifatkan ia perkara paling penting untuk membina pasukan terbaik dengan satu lagi perlawanan persahabatan berdepan Papua New Guinea bulan depan, sebelum saingan Piala AFF Suzuki yang akan bermula 19 November.

"Bagi pasukan Afghanistan, kita tahu pasukan dari Asia Barat ini mempunyai kekuatan yang boleh dikatakan seimbang. Malah, ramai pemain mereka beraksi di liga Eropah. "Apa yang saya lihat dari perlawanan mereka berdepan Lubnan dan Singapura, mereka adalah pasukan yang seimbang di setiap posisi.

       "Jadi, saya akan tetap menggunakan apa saja taktikal yang perlu. Saya mahu semua pemain tahu apa yang kita perlu lakukan untuk dapatkan keputusan yang baik pada perlawanan ini," katanya pada sidang media di Wisma Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), sebentar tadi. Sementara itu, jurulatih Afghanistan Petar Segrt menuntut barisan pemainnya lebih berwaspada dan menganggap Harimau Malaysia adalah lawan yang sukar.

"Perlawanan ini adalah penting walaupun ia hanya persahabatan. Kami adalah Afghanistan yang mana bukan negara besar dalam sukan bola sepak. "Kami menghormati Malaysia, mereka adalah pasukan yang kuat dan sukar untuk dikalahkan. Apapun kami akan cuba mendapatkan keputusan yang baik," katanya

Sumber-Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/200788

No comments:

Post a Comment