Ad

Saturday 29 October 2016

Pulun Kedah pulun! KJ

JAMLIAH ABDULLAH   28 Oktober 2016 10:14 AM
KJ-KedahKJ-Kedah
CATATAN terbaharu Khairy Jamaludin di akaun Instagram miliknya malam tadi.
ALOR SETAR 28 Okt. - Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin meraih perhatian penyokong Lang Merah apabila beliau memuatnaik status terbaharunya di Instagram dengan slogan, Pulun Kedah Pulun malam tadi.

Bukan itu sahaja beliau turut memuatnaik sekeping gambar lama berbaju hijau kuning termasuk mengecat wajah dengan warna itu yang diambil ketika pasukan Kedah berentap dengan Singapura di perlawanan akhir Piala Malaysia pada 1990.

Dalam status sama, Khairy Jamaluddin turut menceritakan keterujaan beliau apabila Kedah memenangi perlawanan tersebut yang berlangsung di Stadium Merdeka.


“Pulun Kedah Pulun! Kenapa? Ibu saya berasal dari Alor Setar, “ catatnya dalam status berkenaan. – sumber-UTUSAN ONLINE28 Oktober 2016

No comments:

Post a Comment