UNIT 2.1 PERLUASAN KUASA ASING
Oleh- AHMAD BIN YAAKOB
Membincangkan faktor dan cara perluasan kuasa asing di Negeri-Negeri Melayu, Sabah dan Sarawak
1.Konsep perluasan kuasa.
Dasar meluaskan empayar atau tanah jajahan atau dasar imperialisme kuasa asing. Ringkasnya peluasan kuasa asing ialah penglibatan kuasa asing dalam hal ehwal politik sesebuah kawasan, wilayah atau negeri.[1]
a)Faktor-faktor peluasan kuasa asing di Negeri-Negeri Melayu.
1.Sebab-sebab ekonomi.
Pada peringkat awal, kuasa Barat hanya memerlukan pasaran dan pusat perniagaan sahaja. Selepas berlaku Revolusi Perindustrian, keperluan Britain berubah kepada kepentingan mendapatkan bahan mentah.Tanah Melayu mempunyai banyak bahan mentah seperti bijih timah, kelapa, emas dan lain-lain.[2]Selepas Revolusi Perindustrian, Amerika Syarikat dan Britain menjadi pemeli bijih timah yang terbesar. Ini kerana perusahaan mengetin makanan menghidupkan kembali permintaan terhadap bijih timah.[3]
Kuasa Barat juga mempunyai keinginan untuk melabur di Tanah Melayu.[4]
Memasarkan barangan kilang.
2.Bimbang campur tangan kuasa-kuasa Barat lain.
Berlaku persaingan untuk menambahkan tanah jajahan di Barat.
Kemunculan dua kuasabaru iaitu Itali dan Jerman.
3.Perubahan politik dan dasar di Britain
Perubahan kerajaan daripada kerajaan liberal kepada kerajaan konservatif.
Disraeli membenarkan dasar campur tangan.
Sikap Lord Kimberley memberi arahan kepada Andrew Clarke.
4.Pembukaan Terusan Suez.
Terusan Suez telah dibina oleh Perancis di bawah pimpinan juruteranya yang bernama Ferdinand de Lesseps. Pembukaan Terusan Suez 1869 memendekkan jarak dari Barat ke India, China dan Asia Tenggara serta dapat menjimatkan kos pengangkutan.Pembukaannya menyebabkan kuasa Barat memperkukuhkan kedudukan politik mereka di Asia. Terutama apabila British telah membeli saham dari Khedif Gabenor Mesir yang hampir muflis.Dengan
Memendekkan perjalanan dan kos pengangkutan. Ini menggalakkan kedatangankuasa-kuasa Barat ke Timur.[5]
5.Keadaan huru-hara di Negeri-Negeri Melayu.
Negeri-negeri Melayu iaitu di Perak, Negeri Sembilan dan Pahang berada dalam keadaan huru-hara. Raja tidak lagi berkuasa penuh ke atas pembesar dan ini menyebabkan golongan pembesar lebih berkuasa dan berpengaruh dari raja. Pembesar mengambil kesempatan dengan menggunakan cukai yang tinggi. Keadaan huru-hara di Negeri-negeri Melayu berlaku akibat perebutan kuasa antara para pembesar Melayu seperti perebutan takhta di Perak antara Raja Abdullah, Raja Ismail dan Raja Yusuf. Berlaku perebutan kuasa di kalangan pembesar-pembesar Melayu untuk menguasai kawasan perlombongan bijih timah.
Perkelahian antara kongsi gelap Cina Ghee Hindan Hai San.[6]
Huru-hara juga berlaku disebabkan Perang Saudara yang tercetus di Perak Pahang dan Selangor.Perkembangan ini mendorong para pemodal British yang banyak melabur modan di Negeri-Negeri Melayu mendesak agar kerajaan British campur tangan bagi memulihkan keamanan supaya kegiatan perniagaan mereka tidak terganggu. Sebenarnya langkah British untuk campurtangan tidak bertujuan memulhkan keamanan, tetapi memastikan kepentingan ekonomi mereka tidak terancam akibat keadaan huu-hara yang belaku itu.[7]
[1]Ruslan Zainuddin dan Abd Sukor Yusuf, Ace Ahead Teks STPM Sejarah Malaysia dan Asia Tenggara (1800-2000) Edisi Kemaskini,42.
[2]“Sistem Ekonomi”, dalam Modul Pengajaran dan Pembelajaran STPM Sejarah Penggal 3, , (Putrajaya: Kementerian Pendidikan Malaysia,2013)25.
[3]Ong Loo Chen, Teks STPM Pra U Sejarah (Malaysia Dan Asia Tenggara), Penggal 3,43.
[4]“Sistem Ekonomi”, dalam Modul Pengajaran dan Pembelajaran STPM Sejarah Penggal 3,25.
[6]“Sistem Ekonomi”, dalam Modul Pengajaran dan Pembelajaran STPM Sejarah Penggal 3,26.
[7]Ruslan Zainuddin dan Abd Sukor Yusuf, Ace Ahead Teks STPM Sejarah Malaysia dan Asia Tenggara (1800-2000) Edisi Kemaskini,46.
No comments:
Post a Comment