Ferzalfie Fauzi -ferzalfie@hmetro.com.my
Kuala Lumpur: Pasukan Bawah 14
tahun (B-14) Program Pembangunan Bolasepak Negara (PPBN) gagal melakar kejutan
ke atas kelab Itali, Juventus B-14 apabila tumpas 1-2 pada aksi ketujuh siri
jelajah Eropah, awal pagi tadi.
Bagaimanapun, skuad bimbingan
Lim Teong Kim itu terlebih dulu berada di depan menerusi jaringan Luqman Hakim
Samsudin namun pasukan tuah rumah bangkit menjaringkan gol penyamaan sebelum
tamat aksi separuh masa pertama.
Kesilapan pemain B-14 PPBN
selepas rehat membolehkan Juventus memperoleh sepakan percuma dalam kotak
penalti dan disempurnakan dengan baik pemain tuan rumah.
Menurut Teong Kim, anak buahnya
sudah menunjukkan kesungguhan walaupun terpaksa akur dengan kelebihan Juventus
yang mempunyai kelebihan dari segi fizikal.
“Saya puji perwatakan pemain
yang tetap memberikan cabaran sengit kepada lawan sehingga minit akhir
perlawanan,” katanya kepada Arena Metro semalam.
Jelasnya, aksi bertemu Juventus
adalah persiapan terbaik sebelum menyertai Piala Elite di Perancis yang akan
berlangsung pada hujung minggu ini.
Sebelum bertemu Juventus, skuad
B-14 PPBN mencatat kemenangan tipis 1-0 ke atas FC Lugano dan gol tunggal
berkenaan berjaya disumbangkan Ali Imran pada awal separuh masa kedua.
SUMBER-Artikel ini disiarkan
pada : Khamis, 9 Jun 2016 @ 10:21 AM
No comments:
Post a Comment