Ad

Tuesday, 14 June 2016

MAT KILAU MENYERANG KUALA TEMBELING 14.6.2016

Pada  hari  ini  dalam  tahun 1894,  Mat   Kilau   Pahlawan  Melayu  Pahang  yang tersohor  yang  juga  anak  kepada  pahlawan  Tok  Gajah,  telah  menyerang   pasukan   tentera   Inggeris  di  Kuala  Tembeling.   Serangan   yang  mendapat   sokongan  senjata  dan  tenaga  daripada  Terengganu  dan  Kelantan  ini dilancarkan   oleh  Mat  Kilau  sebagai  balasan  kepada  keengganannya  untuk  menyerah  diri  kepada  pihak  Inggeris.  Pada  bulan  Oktober  1892,  Pentadbiran Inggeris di Pahang  telah  membuat  pengumuman  pengampunan  beramai-ramai  kepada pahlawan-pahlawan  Melayu  Pahang  yang  menentang  Pentadbiran Inggeris.   Serangan di Kuala Tembeling  ini  merupakan  antara  beberapa  siri  penentangan  yang dilancarkan  oleh  Mat  Kilau  untuk  menghapuskan  penjajahan  Inggeris.  Mat  Kilau dan  pasukannya  telah  memperolehi  kejayaan  dalam  serangan  di  Kuala  Tembeling ini.   Sesungguhnya,  semangat  perjuangan  pahlawan-pahlawan  Melayu  tulin  ini  telah membuahkan  hasil  dengan  kejayaan  penduduk Tanah  Melayu  membebaskan  diri daripada  belenggu   penjajahan  dengan  mencapai  kemerdekaan  pada  31  Ogos  1957.

No comments:

Post a Comment