Ad

Monday 27 June 2016

SEJARAH PERKEMBANGAN KEGIATAN KOKURIKULUM DI SMK JENGKA 2 1973-79

OLEH- AHMAD BIN YAAKOB
Sekolah Menengah Kebangsaan Jengka 2 dibuka pada 1 Januari 1973 di kawasan seluas 15 hektar merupakan sekolah menengah pertama di Wilayah Pembangunan Jengka. Sekolah ini memulakan operasinya sehari selepas Pengetua pertama iaitu Tuan Haji Ibrahim Haji Mohamad melaporkan diri pada 1 Januari 1973.[1]Menurut Haji Ibrahim ketika itu bangunan SMK Jengka 2 belum siap dibina . Beliau diarahkan untuk membuka kelas sementara di Sekolah Kebangsaan Jengka 2. Dengan jasa baik Guru Besar Encik Ahmad Osman, dua buah kelas disediakan untuk SMK Jengka 2.[2] Memandangkan keadaan sekolah yang serba kekurangan dan tiada padang permainan, maka kegiatan sukan dan permainan belum diadakan ketika itu. Pada 9 Mac 1973 barulah warga sulung SMK Jengka 2 berpindah ke bangunan sendiri. Tetapi kemudahan sukan seperti padang permainan belum ada dan terpaksa menumpang di Padang SK Jengka 2.

Menurut murid tua SMK Jengka 2, Encik Muhammad Zain bin Mat, beliau merupakan salah seorang daripada 87 orang pelajar perintis SMK Jengka 2 yang mendaftar di Tingkatan 1 pada tahun 1973. Rakan beliau ketika itu ialah Cikgu Azam.Menurut beliau pada tahun pertama pembukaan sekolah belum ada kegiatan sukan dan permainan dimainkan. Ini kerana pada awal tahun 1970an kejohanan sukan dan permainan di  peringkat MSSD belum diadakan. Ini kerana belum ada sekolah menengah lain di Wilayah Jengka . Sekolah Menengah Jengka 6 hanya dibuka pada tahun 1976 dan SMK Bandar Pusat dibuka pada tahun 1979.[3]

LAPORAN KOKURIKULUM 1973-1979
      Menurut Muhammad  Zain Mat lagi, kegiatan sukan bermula pada tahun 1974dengan menumpang di padang Sekolah Rendah Jengka 2. Acara sukan seperti bola sepak, badminton, olahraga, bola jaring dan lain-lain belum dipertandingkan di peringkat daerah. Pada tahun 1976 SMK Jengka 2 telah mempunyai pasukan bola sepak. Antara pemain bola sepak ketika itu ialah Azhar Mahmud, Datok Abu Bakar Harun, ADUN Chini, Kamal Din dan Khazami Mokhtar.[iv]
BOLASEPAK
1.Juara kejohanan bolasepak MSSD Maran tiga tahun berturut-turut iaitu 1977,1978 dan 1979.



[1] Majalah Jaya Edisi 24 2002, hlm.5.
[2] Wawancara, Majalah Jaya 1987, hlm.30.
[3] Temuramah dengan Muhammad Zain Mat pada 5 Mac 2014
[4] ibid

No comments:

Post a Comment