ISNIN, 13 JUN 2016 @ 11:43 AM
PEMAIN Peru, Andy Polo (tengah)
dikepung tiga pemain Brazil pada aksi Kumpulan B, Copa America, sebentar tadi.
- Foto AFP FOXBOROUGH: Peru mengejutkan Brazil 1-0, sekali gus menyingkirkan mereka
dari saingan Copa America, pagi tadi. Gol lewat permainan oleh Raul Ruidiaz
yang mungkin terkena tangan, mencetus kemenangan pertama Peru ke atas Brazil
dalam tempoh 31 tahun.
Kemenangan itu meletakkan Peru
sebagai juara Kumpulan B dan akan berdepan Colombia dalam aksi suku akhir Sabtu
ini. Mendominasi sebahagian besar permainan, Peru memecah kebuntuan apabila
hantaran Andy Polo menemui Ruidiaz di dalam kotak penalti yang menampannya ke
dalam gawang Brazil. Penjaga gol Brazil Alisson mendakwa bola terkena tangan
Ruidiaz tetapi selepas pengadil berbincang, gol terbabit dibenarkan.
Penyingkiran di peringkat kumpulan ini mampu menggugat jawatan pengendalinya,
Dunga. - AP
SUMBER-Selanjutnya di :
http://www.bharian.com.my/node/163794
No comments:
Post a Comment