18 JUN 2016
@ 9:01 PM
Oleh Nor
Azizah Mokhtar bhnews@bh.com.my
KUALA LUMPUR: Kementerian Pendidikan memutuskan
untuk menangguhkan sementara kursus I-Think dalam talian (KiDT) susulan
rungutan guru berhubung kesulitan mereka menjalani kursus itu menjadi viral di
media sosial.
Kementerian
itu menerusi satu kenyataan dikeluarkan sebentar tadi, memaklumkan keputusan
itu dibuat bagi membolehkan kementerian menambah baik sistem pelaksanaannya
bagi guru-guru yang mengalami kesukaran untuk menjalani kursus berkenaan.
"Ingin juga dimaklumkan semasa sistem ditambah baik, guru tidak ada tempoh
atau jangkamasa untuk perlu menamatkan kursus ini.
"Bagi
guru-guru yang tidak menghadapi masalah menjalankan KiDT, mereka boleh terus
mengikuti kursus itu sehingga tamat," katanya. Difahamkan, ada sesetengah
guru berhadapan kesukaran untuk mengakses sistem laman web kursus berkenaan dan
isu itu berlarutan sehingga menyebabkan guru-guru menghabiskan masa yang banyak
di hadapan komputer. Kursus dalam talian itu pernah dilakukan pada tahun 2014
dan dihentikan sementara selepas masalah kualiti laman web berkenaan sebelum
dimulakan semula pada Januari dan semua guru perlu menamatkan kursus itu
sebelum akhir tahun ini.
SUMBER-Selanjutnya
di : http://www.bharian.com.my/node/165917
No comments:
Post a Comment