Hayati
Ibrahim ya_t@hmetro.com.my
Putrajaya:
Bahagian Hab Halal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) sekali lagi
menegaskan mee segera Ramyeon tidak mengandungi bahan meragukan dan pemegang
sijil halal Korean Muslim Federation (KMF) yang sah sehingga kini.
Katanya,
buat masa ini KMF adalah satu-satunya badan pensijilan halal Korea yang
diiktiraf oleh JAKIM.
"Berdasarkan
siasatan yang dilakukan oleh mereka (KMF) beberapa bulan lalu, didapati produk
mee segera Ramyeon tidak mengandungi bahan meragukan dan pemegang sijil halal
(KMF) yang sah sehingga kini.
"KMF
mendakwa Syarikat pengeluar patuh dan komited terhadap piawaian prosedur yang
ditetapkan, malah pemantauan secara berkala turut dilaksanakan terhadap semua
industri di Korea yang diberikan sijil halal oleh KMF,"katanya dalam kenyataan
yang dimuatnaik dalam Facebook (FB)nya.
Ini adalah
kali ketiga Bahagian Hab Halal JAKIM mengeluarkan kenyataan berhubung viral mee
segera Ramyeon yang dikatakan tidak halal, berikutan isu itu sentiasa
disebarkan di laman sosial.
Menurutnya,
kenyataan itu turut diperkukuhkan dan disokong hasil laporan analisis Jabatan
Kimia Malaysia yang mendapati tiada DNA babi dikesan dalam produk itu.
Sehubungan
itu, katanya, pengguna dinasihatkan tidak menyebarkan maklumat palsu berkenaan.
Malah,
pengguna juga boleh menyemak senarai badan pensijilan halal luar negara yang
diiktiraf di laman sesawang www.halal.gov.my atau melalui aplikasi telefon
pintar MyJakim.
SUMBER-Artikel
ini disiarkan pada : Selasa, 14 Jun 2016 @ 2:36 PM
SEBARAN
palsu berkenaan mee segera yang viral di laman sosial.
No comments:
Post a Comment