Ad

Saturday, 11 June 2016

Rusia ikat England 1-1

12 Jun 2016 5:33 AM
PENYERANG England, Harry Kane (kiri) dan kapten, Wayne Rooney
PENYERANG England, Harry Kane (kiri) dan kapten, Wayne Rooney sedang melakukan sesi pemanas badan sebelum memulakan kempen Euro 2016 menentang Rusia. -AFP
MARSEILLE, Perancis 12 Jun - Rusia menafikan hasrat England untuk meraih tiga mata penuh perlawanan apabila berjaya mengikat skuad The Three Lions 1-1 ketika masa kecederaan dalam aksi Euro 2016 Kumpulan B di Stadium Stade Velodrome, sebentar tadi.
Pada awal perlawanan tersebut England beraksi dengan baik biarpun menyaksikan Wayne Rooney bermain di bahagian tengah dan Jamie Vardy sekadar berada di bangku simpanan sepanjang saingan.
Malah England juga dilihat mampu mencipta beberapa peluang untuk mendapatkan gol sebelum berjaya mendahului kedudukan jaringan menerusi rembatan kaki kanan Eric Dier sewaktu minit ke-73 hasil sepakan percuma.
Bagaimanapun gol England itu tidak bertahan lama apabila kealpaan jentera pertahanan skuad bimbingan Roy Hodgson membawa padah ketika saingan sewaktu masa kecederaan sekali gus membenarkan Rusia menyamakan kedudukan menerusi tandukkan Vasili Berezutski pada minit ke-92.
Jaringan penyamaan Rusia itu terhasil menerusi hantaran daripada Georgy Schennikov selepas sepakan sudut. - AGENSI

- Sumber: http://www.utusan.com.my/sukan/bola-sepak/rusia-ikat-england-1-1-1.341413#sthash.gdnBdsaf.dpuf

No comments:

Post a Comment