OLEH- AHMAD BIN YAAKOB
1.Melalui tipu helah
Cara Francis Light mendapat
Pulau Pinang daipada Sultan Kedah
2.Perjanjian/pemuafakatan
Pejanjian Briish-Belanda 1824
Perjanjian Pangkor 1874 dengan
Sultan Perak.
3.Peperangan
Pengeboman Kuala Terengganu
1862 kerana British cuba campur tangan di Pahang.[1]
1.Melalui tipu helah
Cara Francis Light mendapat
Pulau Pinang daipada Sultan Kedah
Perluasan kuasa British di
Tanah Melayu bermula pada abad ke-18 lagi, iaitu dengan pendudukan Pulau Pinang
1786. Francis Light menduduki Pulau Pinang secara tipu helah. Contohnya
Perjanjian Inggeris-Kedah 1786 antara Fancis Light yang mewakili SHTI dengan
Sultan Abdullah untuk membuka Pulau Pinang sebagai pangkalan tentera dan pusat perdagangan
British. Franci Light tanpa persetujuan SHTI di India telah menjanjikan bantuan
ketenteraan kepada Sultan Kedah sekiranya Kedah diancam oleh musuh. Sebagai
balasan, baginda membenarkan British menduduki Pulau Pinang. Namun SHTI tidak
menghantar bantuan bantuan tentera kepada Sultan Kedah ketika Siam menyerang
Kedah untuk menghukum baginda. Ini berikutan SHTI tidak meluluskan syarat
bantuan ketenteaan seperti yang ditawarkan oleh Light.[2]
2.Perjanjian/pemuafakatan
Pejanjian British-Belanda 1824
Perjanjian British-Belanda 1824
yang juga dikenali sebagai Perjanjian London 1824 dimeterai oleh George Canning
bagi pihak British dan Charles W. Wmn bagi pihak Belanda dibuat tanpa
persetujuan Raja-Raja Melayu yang terlibat. Perjanjian ini dimeterai untuk
menangani ketengangan dalam hubungan British Belanda serta bantahan Belanda terhadap pembukaan
Singapura pada tahun 1819.
Syarat-syarat Pejanjian British-Belanda 1824
1.
Belanda meniktiraf
kedudukan British di Singapura..Sementara British pula mengiktiraf kedudukan
Belanda di Pulau Belitong.
2. Belanda akan menyerahkan Melaka kepada British
menyerahkan Bangkahulu kepada Belanda,
3. Bekerjasama untuk membeneras kegiatan lanun yang
berleluasa di perairan Kepulauan Melayu.
4. Belanda berjanji tidak akan mengikat sebarang
perjanjian atau terlibat dalam hal ehwal
Negeri-Negeri Melayu.
5.
British berjanji tidak
akan mengikat sebarang perjanjian atau terlibat dalam hal ehwal mana-mana
kerajaan di Selatan dari Singapura dan yang berada di bawah pengaruh pihak
Belanda di Sumatera.[3]
Perjanjian Pangkor 1874 dengan
Sultan Perak.
Perjanjian Pangkor ditandatangani pada 17
Januari 1874 ekoran tindakan Raja Muda Abdullah meminta bantuan British untuk
mendapat takhta Perak. Perjanjian ini dibuat di antara Andrew Clarke, Raja Abdullah yang berkuasa di
Hilir Perak besama-sama dengan pembesar-pembesar yang menyokong Raja Abdullah
iaitu Bendahara, Temenggung, Orang Kaya Menteri, Shahbandar. Raja Mahkota,
Laksamana dan Dao’ Sagor
Antara sebab-sebab perjanjian Pangkor
ditandatangani ialah pergaduhan kongsi gelap China di Larut di antara dua
kumpulan yang bermusuhan yang dikenali sebagai Ghee Hin dan Hai San. Sebab
kedua ialah perebutan takhta di Perak keana sistem pewarisan takhta di Perak
berbeza dengan Negeri-Negei Melau yang lain. Mengikut sistem ini tiga buah
keluarga Diaja berkongsi hak menaiki takhta kerajaan. Setiap keluarga akan
mencalonkan seorang putera yang bakal menaiki takhta melalui suatu sistem
pusingan.
Apabila Sultan Ali mangkat pada tahun
1871, ada tiga orang yang menuntut takhta kerajaan iaitu Raja Abdullah, Raja
Ismail dan Raja Yusuf. Raja Abdullah yang menetap di Batak Rabit diundang
menghadiri istiadat pemakaman al-mahum Sultan Ali si Sayong. Mengikut istiadat
Melayu Perak, bakal sultan mesti hadir dan mengangkat sumpah sebagai sultan
yang baharu. Raja Abdullah tidak hadir kerana takut dibunuh oleh pengikut Raja
Yusuf kerana beliau terpaksa melalui daerah yang didiami oleh Raja usuf, iaitu
Senggang.[4]
Rundingan Pangkor mula mula diadakan pada
17 Januari 1874 di atas kapal Pluto. Setelah iga hari berunding, satu
perjanjian ditandatangani antara Andew
Clarke dengan semua pihak yang terlibat pada 20 Januari 1874. Perjanjian
ini dikenali sebagai Perjanjian Pangkor.[5] .
Syarat-Syarat Perjanjian Pangko
1874
1.
Raja Abdullah
diktiaf British sebagai Sultan Perak. Sultan Ismail dilucutkan gelaran Sultan
Perak walaupun baginda tidak mengiktiraf perjanjian tersebut diberi gelaran
Sultan Muda dengan bayaran pencen $1000.00 serta diberikan satu kawasan
jajahan.
2. Seorang Residen British dilantik untuk menasihati sultan
dalam semua aspek pentadbiran negeri kecuali perkara berkaitan agama ada adat
istiadat Melayu. Nasihat Residen ini mesti diperolehi dan diikuti oleh sultan.
3. Ngah Ibahim kekal menjadi Orang Kaya Menteri Paduka Tuan
di Larut tetapi kuasa beliau dikuangkan. Kapten Speedy sebagai Penolong Residen
untuk membantu beliau mentadbir Larut.
4. Residen British mengambil alih semua urusan kutipan cukai
dan perbelanjaan wang kutipan cukai Perak.Hak dan kuasa pembesar Melayu untuk
mengutip cukai dimansuhkan dan diberi pencen bulanan.
5.
Wilayah Dinding diambil
alih oleh pihak British dan diletak di bawah Negeri-Negeri Selat supaya masalah
perlanunan dapat dibenteras.[6]
3.Peperangan
Pengeboman Kuala Terengganu
1862 kerana British cuba campur tangan di Pahang.
Selepas kemangkatan Bendahara
Ali 1857, timbul perbalahan di antara dua anaknya, Wan Mutahir dan Wan Ahmad.
Ini membawa kepada tercetus Perang
Saudara. Wan Ahmad meminta bantuan dari kerajaan Siam. Siam ingin menjadikan
Terengganu sebagai pangkalan untuk melancarkan seangan ke atas Pahang. Kerja
melombong bijih timah di Kuantan terjejas.
Demi menjaga kepentingan ekonomi Pahang
dan menyekat perluasan kuasa Siam di NNM. Gabenor NNS, Orfeur Cavenagh memberi
amaran kepada Sultan Teengganu supaya tidak terlibat dalam Peang Saudara di
Pahang. Tetapi amaran Gabenor NNS,
Orfeur Cavenagh tidak dipedulikan. Gabenor NNS, Orfeur Cavenagh menghanta
sebuah kapal perang untuk menyerang Terengganu. Apabila rundingan dengan Sultan
Terengganu gagal, British menggunakan kekerasan dengan membedil Kuala
Terengganu.[7]
[1]
“Perluasan Kuasa Asing”, dalam Modul Pengajaran dan Pembelajaran STPM
Sejarah Penggal 3, , (Putrajaya: Kementerian Pendidikan Malaysia,2013)25.
[2]S.B.Teoh,
Norizan Yusoff dan Nurul Huda Md usop, Sejarah STPM Penggal 3, (Shah Alam :SAP
PUBLICATION (M) SDN. BHD.,2014),49.
[3] Ibid,50.
[4]Ruslan
Zainuddin dan Abd Sukor Yusof, “Sejarah
Malaysia dan Asia Tenggara Penggal 3,” (Shah Alam :Oxford Fajar Sdn. Bhd. ,
2014),61.
[5]
Ibid, 63.
No comments:
Post a Comment