WARTAWAN SINAR HARIAN
29 JUN 2016
Joe Hart Joe Hart
“DARI lubuk hati saya, saya
minta maaf."
Itulah kata-kata penjaga gol
England, Joe Hart selepas pasukannya tersingkir daripada Euro 2016 setelah
diaibkan Iceland 1-2 pada aksi kalah mati, awal pagi semalam.
Hart berkata, beliau mengakui
kesilapannya apabila gagal menepis rembatan Kolbeinn Sigthorsson dengan baik
menyaksikan bola sekadar bergolek melepasi garisan gol sekali gus membolehkan
Iceland meraih kemenangan.
Ia adalah kesilapan besar kedua
Hart dalam kejohanan ini selepas sepakan percuma jarak jauh Gareth Bale turut
bergolek masuk menewaskannya dalam perlawanan peringkat kumpulan menentang
Wales.
"Saya sedia terima
kritikan, Ia benar-benar meluluhkan. Sebagai sebuah pasukan, kami sangat kecewa
tapi secara peribadi, saya hanya mampu memohon maaf kerana membenarkan Iceland
mendahului sedangkan kami sepatutnya mendominasi perlawanan.
“Mereka (penyokong) telah
menyokong kami dengan baik dan kami mengucapkan terima kasih kepada mereka
untuk itu,” kata Hart ketika ditanya perasaannya selepas kekalahan mengaibkan
itu
Ketika ditanya adakah faktor
The Three Lions terlalu yakin punca mereka tewas, penjaga gol Manchester City
itu tidak menafikannya.
“Kami tersingkir kepada Iceland
dan kami perlu menerima padahnya.
“Ia adalah satu detik yang
sukar dalam kerjaya kami. Kegagalan ini akan tercatat dalam buku sejarah dan
kami perlulah menanganinya,” katanya.
SUMBER-SINAR HARIAN ONLINE 29
JUN 2016
No comments:
Post a Comment