Dua beradik hilang ditemui
lemas dalam lubang
Anggota polis mengeluarkan
mayat dua beradik dari lubang dipenuhi air di kawasan pembinaan di Felda Chini
5 kelmarin.
PEKAN – Dua beradik yang
dilaporkan hilang Jumaat lepas ditemui mati lemas di dalam sebuah lubang yang
dipenuhi air di kawasan pembinaan Dewan Semai Bakti, Chini 5 dekat sini petang
kelmarin.
Ketua Polis Daerah Pekan,
Superintendan Amran Sidek berkata, mayat Muhamad Sharul Nizam Malik, 9, dan
adiknya Muhammad Hasni, 6, ditemui tertiarap di dalam lubang cerucuk itu
kira-kira 200 meter dari rumah mereka pada pukul 6.30 petang.
“Mayat dua beradik itu ditemui
24 jam selepas dilaporkan hilang dari rumah mereka pada jam 6 petang Jumaat
lalu,” katanya semalam.
Ikuti berita selanjutnya di
KOSMO! hari ini.
SUMBER-Artikel Penuh:
http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2016&dt=0627&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_02.htm#ixzz4CmAhtBPk
Hakcipta terpelihara
No comments:
Post a Comment