18 Jun 2016
10:25 PM
SABAK BERNAM
18 Jun - Budiman Mohd. Zohdi dijulang oleh Menteri Pertahanan. Datuk Seri
Hishammuddin Tun Hussein dan penyokong Barisan Nasional selepas diumumkan
sebagai pemenang dalam Pilihanraya Kecil Parlimen Sungai Besar . - Gambar:
Saharuddin Abdullah
KUALA LUMPUR
18 Jun - Barisan Nasional (BN) menang bergaya dalam pilihan raya kecil Parlimen
Sungai Besar dan Kuala Kangsar dengan kedua-dua calonnya mencatatkan majoriti
besar.
Di Sungai Besar,
calon BN, Budiman Mohd. Zohdi memperoleh kejayaan dengan majoriti 9,191 undi
yang dianggap sebagai sesuatu yang di luar jangkaan.
Budiman
meraih 16,800 undi diikuti Dr. Abdul Rani Osman dari Pas dengan 6,902 undi dan
Azhar Abdul Shukur dari Parti Amanah Nasional (PAN) dengan 4,883 undi.
Pada pilihan
raya umum lalu, BN melalui Allahyarham Tan Sri Noriah Kasnon hanya menang
dengan majoriti 399 undi di Parlimen Sungai Besar.
Sementara di
Kuala Kangsar, calon BN, Datin Mastura Mohd. Yazid turut mencatat kemenangan
besar apabila mendapat 12,653 undi mengatasi calon Pas, Najihatussalehah Ahmad
yang mendapat 5,684 undi dan calon PAN, Ahmad Termizi Ramli dengan hanya 4,883.
Calon bebas,
Izat Bukhary Ismail Bukhary pula hanya mendapat 54 undi
Dalam
Pilihan Raya Umum (PRU) lalu, calon BN, Allahyarham Datuk Wan Mohammad Khair-il
Anuar Wan Ahmad menang dengan majoriti 1,082 undi. - UTUSAN ONLINE
- SUMBER:
http://www.utusan.com.my/berita/nasional/bn-menang-besar-di-sg-besar-kuala-kangsar-1.344159#sthash.IEYRwiLV.dpuf
No comments:
Post a Comment