Ad

Thursday 16 June 2016

Sturridge hadiah tiga mata penting buat England

16 Jun 2016 11:09 PM

Daniel Sturridge meraikan kejayaan menjaringkan gol kemenangan England ketika pertemuan menentang Wales dalam saingan Kumpulan B, Euro 2016 yang berlangsung di Stade Bollaert-Delelis.-REUTERS

LENS 16 Jun - Jaringan Daniel Sturridge di waktu kecederaan memastikan England mencatat kemenangan pertama dalam saingan Kumpulan B, Euro 2016 selepas menewaskan Wales 2-1.
Penyerang Liverpool itu dimasukkan pada babak kedua menggantikan Raheem Sterling bagi memperkuatkan jentera serangan tidak mempersia-siakan peluang apabila berjaya menjaringkan gol penting pada minit-minit akhir permainan bagi memastikan skuad Three Lions meraih tiga mata penting.
Wales berada di hadapan terlebih dahulu pada minit ke-41 apabila Gareth Bale mudah menyempurnakan sepakan bebas yang dihadiahkan selepas kapten England, Wayne Rooney mengasari Hal Robson-Kanu.
England terus menggandakan asakan bagi mencari gol penyamaan dan hasilnya diperoleh pada minit ke-56 menerusi penyerang Leicester, Jamie Vardy yang masuk menggantikan Harry Kane.
Gol penyamaan itu berpunca daripada hantaran Rooney ke dalam kotak penalti yang kemudiannya berjaya disambut Sturridge namun kemudiannya hilang kawalan sebelum bola menghala ke arah Vardy yang kemudiannya berjaya meraih gol penyamaan buat skuad Roy Hodgson.-UTUSAN ONLINE
- SUMBER: http://www.utusan.com.my/sukan/bola-sepak/sturridge-hadiah-tiga-mata-penting-buat-england-1.343221#sthash.JVgXc8nt.dpuf


No comments:

Post a Comment