Aziman Rosdi
-aziman@hmetro.com.my
Kuala
Lumpur: Skuad Harimau Malaysia tewas 0-2 di tangan Papua New Guinea dalam aksi
persahabatan antarabangsa siri Jelajah Oceania 2016 di Stadium Sir John Guise,
Port Moresby, hari ini.
Dalam
perlawanan itu anak buah Datuk Ong Kim Swee cuba bangkit selepas ketinggalan
dua gol pada babak pertama menerusi jaringan Tommy Semmy pada minit ke-35 dan
42.
Separuh masa
kedua Kim Swee mengubah percaturan dengan melakukan enam pertukaran termasuk
menurunkan tonggak utama iaitu S Kunanlan, Fazly Mazlan, Amirulhadi Zainal, S
Chanthuru dan Christie Jayaseelan.
Namun
Malaysia yang menduduki ranking ke-173 dunia berbanding Papua New Guinea (193)
semakin tertekan apabila terpaksa beraksi dengan 10 pemain pada minit ke-66
apabila Shahrom Kalam mengalami kecederaan ketika pertukaran pemain sudah tidak
boleh dilakukan oleh Kim Swee.
Biarpun
kekurangan pemain skuad kebangsaan terus mengasak namun percubaan Christie
sekadar singgah di tiang gol pada minit ke-82.
Harimau
Malaysia akan meneruskan siri Jelajah Oceania 2016 dengan menentang New
Caledonia di Noumea pada 22 Jun dan Fiji di Nadi pada 26 Jun.
SUMBER-Artikel
ini disiarkan pada : Jumaat, 17 Jun 2016 @ 5:05 PM
Kesebelasan
Malaysia sebelum menentang Papua New Guinea. FOTO FAM
No comments:
Post a Comment