Ad

Sunday 19 June 2016

Usah kritik 
secara semberono

Kim Swee kesal Harimau Malaysia dilabel ‘sampah’
FADHILUL IZMEL ISHAK  |  19 Jun 2016 12:10 AM

SLUG : MALAYSIA TIMOR LESTEJOHOR BAHRU 6 JUN 2016 - PEMAIN pasukan Malaysia , Ahmad Bakri (12) meraikan jaringan gol bersama rakan pasukannya , Mohd Azrif Nasrulhaq (20) pada perlawanan playoff kedua kelayakan Piala Asia 2019 antara Malaysia menentang Timor Leste di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin di sini hari ini.Gambar : MOHD HAZROL ZAINALPemberita : MUHAMMAD FAIZAL HASHIM (Utusan/Sukan) AHMAD ISYAFIQ MAD DESA (Kosmo/Sukan)

KUALA LUMPUR 18 Jun - Pengendali Harimau Malaysia, Datuk Ong Kim Swee menyelar mereka yang mengkritik pasukannya hanya berdasarkan keputusan perlawanan tanpa melihat aksi keseluruhan pertemuan menentang Papua New Guinea.
Semalam skuad kebangsaan tewas 2-0 kepada pasukan No. 193 dunia pada perlawanan pertama dalam siri Jelajah Oceania di Stadium Sir John Guise, Port Moresby sekali gus mengundang pelbagai kritikan.
“Mudah untuk mereka mengkritik tanpa menonton perlawanan dan ha­nya berdasarkan keputusan.
“Bukan saya tidak boleh me­nerima kritikan tetapi pastikan apa yang diperkatakan itu dibuat berdasarkan fakta.
“Tidak elok jika kritik pasukan kebangsaan tanpa sebarang fakta. Lawan kami bermain dengan amat baik sekali.
“Malah minggu lalu mereka menewaskan New Zealand menerusi penentuan penalti dalam final Piala Negara-Negara Oceania dan perlu diingatkan New Zealand pernah beraksi di Piala Dunia.
“Jadi adakah New Zealand juga pasukan sampah?,” kata Kim Swee kepada Mingguan Malaysia.
Menurut Kim Swee, biarpun ranking Papua New Guinea lebih rendah berbanding Malaysia (173), namun itu tidak mencerminkan keupayaan sebenar mereka.
Dalam aksi semalam, Kim Swee juga tidak menurunkan ke­sebelasan terbaik kerana mahu menguji beberapa pemain, terma­suk merehatkan penjaring gol Harimau Malaysia ketika mengalahkan Timor Leste dalam playoff kelayakan Piala Asia, Ahmad Haz­wan Bakri.
Turut direhatkan Mohd. Izham Tarmizi, Mohd. Aidil Zafuan Abd Razak, S. Kunanlan, Mohd. Ami­rulhadi Zainal dan Mohd. Fazly Mazlan.
“Bagaimanapun dalam dua perlawanan berikutnya, saya akan menurunkan barisan terbaik dan harap kami akan mendapat keputusan yang positif.
“Saya akui, kami bermain di bawah tahap sebenar dan saya sepatutnya tidak perlu melakukan banyak pertukaran.
“Namun salah satu objektif jelajah ini adalah untuk memberi ruang kepada pemain membuktikan kemampuan masing-masing,” katanya lagi.
Dalam perlawanan tersebut ke­dua-dua gol tuan rumah hadir menerusi penyerang, Tommy Semmy yang disempurnakan pada minit ke-35 dan minit ke-42.
Skuad Harimau Malaysia memiliki dua percubaan terbaik untuk menembusi gawang lawan, namun gagal melakukannya.
Selepas ini anak-anak buah Kim Swee akan meneruskan siri Jelajah Oceania dengan berdepan New Caledonia pada 22 Jun.
Mereka kemudian akan me­nguji Fiji empat hari kemudian, sebelum kembali ke tanah air.

- SUMBER: http://www.utusan.com.my/sukan/bola-sepak/usah-kritik-8232-secara-semberono-1.344234#sthash.wgesRGF3.dpuf

No comments:

Post a Comment