17 Jun 2016
4:12 PM
Pemain skuad
Harimau Malaysia ke Jelajah Oceania 2016
KUALA LUMPUR
17 Jun - Skuad Harimau Malaysia memulakan Jelajah Oceania dengan langkah kiri
apabila pasukan kendalian Datuk Ong Kim Swee itu tewas 2-0 kepada pasukan 193
dunia, Papua New Guinea dalam aksi persahabatan kelas A di Stadium Sir John
Guise sebentar tadi.
Dalam
perlawanan tersebut, skuad kebangsaan mempamer corak permainan seimbang, namun
penyudah yang tumpul menggagalkan usaha Harimau Malaysia untuk menembusi gawang
lawan.
Kedua-dua
jaringan Papua New Guinea dijaringkan oleh Tommy Semmy masing-masing pada minit
ke-35 dan minit ke-42. Selepas ini skuad negara bakal bertemu New Caledonia
pada 22 Jun sebelum menamatkan siri jelajah tersebut dengan menentang Fiji
selang empat hari kemudian. - UTUSAN ONLINE
- SUMBER:
http://www.utusan.com.my/sukan/bola-sepak/harimau-malaysia-tewas-kepada-papua-new-guinea-1.343692#sthash.d6EqMeuv.dpuf
No comments:
Post a Comment