11 Jun 2016 5:20 AM
PARIS 11 Jun - Perancis
memulakan saingan Euro 2016 dengan langkah kanan apabila skuad Les Bleus itu
mengalahkan Romania 2-1 dalam aksi pembuka tirai kejohanan tersebut menerusi
gol kemenangan lewat perlawanan Dimitri Payet.
Olivier Giroud memberikan keriangan
kepada pasukannya apabila menyudahkan hantaran lintang bintang West Ham United,
Payet dengan menanduk masuk gol pertama perlawanan pada minit ke-58.
Pasukan tuan rumah tersebut
bagaimanapun tidak mampu mempertahankan kelebihan gol itu apabila tujuh minit
kemudian, Romania diberikan sepakan penalti oleh pengadil perlawanan setelah
mendapati pertahanan Perancis, Patrice Evra menjatuhkan pemain tengah pihak
lawan, Nicolae Stanciu dalam kotak penalti.
Penyerang Romania, Bogdan
Stancu kemudiannya dengan tenang menyempurnakan sepakan penalti buat pasukannya
melepasi Hugo Lloris yang menjunam ke arah bertentangan.
Bagaimanapun, gol cantik
daripada Payet pada minit ke-89 perlawanan memberi tiga mata penuh untuk
Perancis apabila pemain tengah itu melakukan jaringan dengan melakukan rembatan
dari luar kotak penalti. - AGENSI
- SUMBER:
http://www.utusan.com.my/sukan/bola-sepak/perancis-mulakan-euro-2016-dengan-langkah-kanan-1.341075#sthash.CUXkTUMZ.dpuf
No comments:
Post a Comment