19 Jun 2016
5:21 AM
MALANG
bertimpa buat Ronaldo kerana masih gagal membantu Portugal meraih kemenangan
setakat ini.
PARIS 19 Jun
- Nasib malang Cristiano Ronaldo dan Portugal berterusan apabila kegagalan
pemain sensasi itu menyempurnakan sepakan penalti selain jaringannya di babak
kedua dibatalkan kerana ofsaid menyebabkan skuad negara itu hanya mampu seri
0-0 dengan Austria dalam aksi Kumpulan F Euro 2016 di sini hari ini.
Ini
menyaksikan pasukan pilihan itu masih belum mencatat kemenangan pada kempen
kali ini di mana selepas dua perlawanan, Portugal seri kedua-duanya. Sebelum
ini mereka seri 1-1 dengan pasukan kerdil, Iceland.
Sudah pasti
pemain yang dipersalahkan adalah Ronaldo yang sepakan penaltinya terkena tiang
pada minit ke-79 diikuti tandukannya pada minit ke-85 yang menerjah jaring
tetapi dibatalkan kerana terlebih dahulu telah ofsaid.
Dengan
keputusan itu, Portugal hanya memungut dua mata daripada dua perlawanan dan
berada di tangga ketiga di belakang pendahulu, Hungary yang mengumpul empat
mata dan Iceland yang juga mengumpul dua mata tetapi memiliki kelebihan
jaringan.
Namun
peluang keempat-empat pasukan daripada kumpulan ini termasuk Austria masih
terbuka dengan perlawanan terakhir pada 23 Jun ini bakal menjadi penentu
pasukan mana yang akan layak ke pusingan kedua kalah mati selepas ini.
Portugal
akan bertemu Hungary manakala Austria akan menentang Iceland. - Agensi
- SUMBER:
http://www.utusan.com.my/sukan/bola-sepak/malang-portugal-ronaldo-berterusan-1.344367#sthash.8TveJp6D.dpuf
No comments:
Post a Comment