Firdaus
Hashim-firdaushashim@hmetro.com.my
Kuala
Lumpur: Persatuan Bolasepak Selangor (FAS) bertegas tidak akan tunduk dengan
permintaan mana-mana pemainnya untuk berpindah apabila jendela perpindahan
dibuka esok hingga 15 Julai depan.
Pengurus
Selangor Amirudin Shari berkata larangan berpindah itu merangkumi semua pemain
termasuk tonggak pertahanan Azrif Nasrulhaq Badrul Hisham (gambar) yang
terdesak mahu menyarung jersi Johor Darul Ta’zim (Johor DT) musim ini.
Mengambil
contoh kelab Liga Perdana Inggeris Manchester United (MU) yang menyekat
keinginan bintang bola sepak Portugal, Cristiano Ronaldo untuk menyertai Real
Madrid pada 2008, beliau berkata Selangor mungkin meniru pendekatan itu.
Pengurus Red
Devils ketika itu, Alex Ferguson hanya melepaskan pemain terbaik dunia itu pada
musim berikutnya dan kaedah sama akan diambil FAS bagi menyelesaikan kemelut
menyelubungi Azrif.
“Saya boleh
katakan Selangor belum bersedia untuk memenuhi permintaan Azrif yang mahu
keluar pada pertengahan musim ini kerana pemergiannya boleh mengganggu
perancangan pasukan.
“Khidmat dia
(Azrif) akan dikekalkan, paling tidak sehingga penghujung musim ini biarpun
kontraknya cuma tamat Disember 2017.
“Lihat saja
MU, mereka dulu pernah menghalang Ronaldo daripada berpindah walaupun masih
memiliki kontrak.
“Jadi
rasanya kita boleh menggunakan kaedah sama kerana bagi saya keutamaan ketika
ini membentuk pasukan mantap apabila Liga Super bersambung kelak,” katanya
kepada Arena Metro semalam.
Kemelut
Azrif bermula apabila pemain berasal dari Kota Damansara itu meluahkan hasrat
untuk menyertai Johor DT pada awal musim ini namun ditolak FAS.
Bagaimanapun,
ketika liga tempatan memasuki fasa kedua saingan, Azrif sekali lagi menghantar
surat permohonan bagi menamatkan kontraknya dan bersedia untuk menebus baki
kontrak yang dianggarkan RM720,000.
Namun
begitu, seorang pegawai tertinggi FAS membayangkan jumlah penebusan kontrak itu
mampu meningkat kepada RM2 juta selepas mengambil kira pelbagai kesan terutama
apabila boleh menggugat misi Red Giants memburu kejuaraan Liga Super di samping
mempertahankan Piala Malaysia musim ini.
No comments:
Post a Comment