20 Jun 2016
4:49 PM
B-22
SKUAD Projek
negara kini berada di Jepun bagi mengadakan perlawanan persahabatan menentang
beberapa kelab di sana. - Foto: FAM
KUALA LUMPUR
20 Jun - Skuad bawah 22 (B-22) negara mencatat keputusan seri 3-3 pada aksi
persahabatan sulung menentang kelab Divisyen Dua Jepun, Machida Zelvia FC di
Stadium Atletik Machida, Tokyo, hari ini.
Tiga gol
pasukan B-22 negara, yang turut dikenali sebagai skuad Projek Sukan SEA 2017
dijaringkan penyerang Muhamad Arif Mohamed Anwar pada minit ketujuh, ketua
pasukan Mohamad Faris Shah Mohd Rosli menerusi sepakan penalti pada minit ke-35
dan penyerang Muhammad Jafri Muhammad Firdaus Chew pada minit ke-79.
Tiga gol
pasukan tuan rumah kendalian Naoki Soma, disumbangkan Ryuto Otake pada minit
keempat, Kentaro Shigematsu (55) dan Yuya Nakamura (81).
Ketua
jurulatih skuad B-22 negara, Frank Bernhardt menyifatkan keputusan seri itu
adalah baik, namun menegaskan pemain perlu bekerja keras bagi menghadapi kelab
Divisyen Satu Jepun, Shonan Bellmare di Padang Latihan Shonan, Kanagawa pada
Rabu ini.
"Machida
Zelvia FC merupakan pasukan yang kuat dan mempunyai corak permainan pantas.
Selepas permulaan permainan agak sukar, pemain berjaya mempamerkan persembahan
yang baik.
"Sayang
sekali, pasukan kita tidak berjaya mengekalkan kedudukan sekalipun mendahului
2-1 dan 3-2. Bagaimanapun, daripada kualiti pasukan lawan kita hari ini, bagi
saya keputusan seri ini adalah keputusan yang baik," kata Bernhardt
seperti dipetik menerusi laman web Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) hari
ini.
Skuad B-22
negara sepatutnya berdepan kelab Divisyen Satu Jepun, Yokohama FC pada aksi
persahabatan sulung di Padang Latihan Yokohama FC pada 13 Jun lepas, namun
terpaksa dibatalkan susulan keadaan cuaca yang tidak mengizinkan.
Skuad berkenaan
yang berada di Chiba, Jepun untuk sesi latihan dan aksi persahabatan sejak 10
Jun lepas, dijangka kembali ke tanah air pada 28 Jun ini. - BERNAMA
- Sumber-:
http://www.utusan.com.my/sukan/bola-sepak/skuad-projek-sekadar-seri-aksi-persahabatan-di-jepun-1.344976#sthash.1mgIzUAp.dpuf
No comments:
Post a Comment