Ad

Wednesday, 29 June 2016

'Sempat khatam al-Quran hari kelima Ramadan'

 
Roziah (dua dari kiri) di pusara suaminya sambil ditemani ahli keluarga di Tanah Perkuburan Islam Kampung Pulau Rusa.
Kuala Terengganu: “Arwah suami sempat khatam al-Quran pada hari kelima Ramadan. Keesokan harinya dia dimasukkan ke hospital 14 hari akibat strok sebelum meninggal dunia semalam (Jumaat),” ujar Roziah Shafie, 48, isteri kepada pakar motivasi terkenal, Allahyarham Prof Madya Md Izuddin Ali, 52, yang meninggal dunia mengejut tengah hari kelmarin.

Menurutnya, arwah suami akan khatam Quran paling kurang sebanyak tiga kali sepanjang Ramadan pada tahun sebelum ini.

“Namun saya pelik apabila dia khatam al-Quran lebih awal. Saya ada bertanya kepadanya kenapa cepat sangat khatam, tetapi dia diam dan tidak beri jawapan,” katanya ketika ditemui selepas majlis pengebumian suaminya di Tanah Perkuburan Islam Kampung Pulau Rusa, pagi semalam.

Roziah berkata, arwah suaminya dimasukkan ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) Alor Setar, Kedah, selepas solat Asar apabila rebah ketika berwirid bersama jemaah di Masjid Al-A’Ala berhampiran rumahnya di Taman Sinaran, Jitra, Kedah.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 26 Jun 2016 @ 5:17 AM

No comments:

Post a Comment