MESSI (kanan) dan rakan-rakan
dicabar agar membawa pulang trofi ke Argentina.
HOUSTON – “Jangan pulang tanpa
sebarang trofi.”
Demikian tegas legenda bola
sepak Argentina, Diego Maradona kepada barisan pemain skuad yang dikenali
sebagai The Albiceleste itu supaya pulang dengan diiringi trofi kemenangan
selepas mereka mara ke pentas akhir Copa America Centenario berdepan Chile, Isnin
ini.
Tambah Maradona lagi, sekiranya
perkara tersebut tidak mampu direalisasikan, mereka tidak seharusnya kembali
semua ke Argentina.
“Kami wajib menang apabila
berdepan Chile. Jika gagal, mereka tidak seharusnya pulang ke Argentina,”
jelasnya dalam satu wawancara dengan media tempatan sempena
ulang tahun ke-30 meraikan
jaringan gol terhebat yang dilakukannya pada kejohanan Piala Dunia 1986.
Kempen Copa America Centenario
kelihatan seperti memihak kepada skuad Argentina yang memiliki pemain bintang
berkelas dunia seperti Lionel Messi, Sergio Aguero, Angel Di Maria dan
sebagainya.
Paling mencuri tumpuan adalah
impak yang dimainkan oleh Messi yang secara tidak langsung turut melakarkan
sejarah tersendiri untuk muncul sebagai penjaring terbanyak sepanjang zaman
untuk skuad The Albiceleste dengan 55 gol selepas mereka mengenepikan Amerika
Syarikat 4-0 Rabu lalu.
Sementara itu, jurulatih
Argentina, Gerardo Martino segera mendesak para pemainnya segera fokus pada
aksi final dalam usaha untuk menamatkan kemarau tanpa sebarang trofi dalam
tempoh 23 tahun. – Agensi
SUMBER-Artikel Penuh:
http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2016&dt=0625&pub=Kosmo&sec=Sukan&pg=su_05.htm#ixzz4Ca45Df1J
Hakcipta terpelihara
No comments:
Post a Comment