Ad

Sunday, 12 June 2016

England tak fokus Bale sahaja

Perancis: Wayne Rooney menegaskan England tidak hanya perlu memberi tumpuan kepada Gareth Bale saja apabila bertemu Wales pada perlawanan kedua peringkat Kumpulan B, Khamis ini.

England dikejutkan dengan gol penyamaan oleh Russia di Marseille pada perlawanan pembuka tirai. Pertahanan England Gary Cahill menyifatkan keputusan seri 1-1 itu seperti satu hentakan yang kuat.


Barisan pemain muda England dilihat hampir meraikan kejayaan di Stade Velodrome selepas pemain Tottenham Eric Dier menewaskan penjaga gol Russia Igor Akinfeev menerusi sepakan percuma yang cantik dari jarak 20 meter.

Namun tiga minit sebelum tamat, kapten Russia Valeri Berezutski mengejutkan penonton di stadium apabila dia menanduk bola dari jarak jauh menewaskan penjaga gol England Joe Hart.

Dua tahun selepas tersingkir seawal pusingan pertama pada Piala Dunia 2014, England kini perlu bangkit semula apabila bertemu Wales yang menewaskan Slovakia 2-1.

Bale yang juga bintang Real Madrid, turut menjaringkan gol. Masih segar daripada membantu kelab gergasi Sepanyol itu menjuarai Liga Juara-Juara, dia dijangka menjadi watak penting Wales pada kempen kali ini.

Rooney yang juga bintang veteran Manchester United dan menyifatkan Bale sebagai salah seorang daripada lima pemain terbaik dunia berkata, England tidak memberi tumpuan khusus kepada pemain sayap Wales itu saja.

“Kami perlu mengawal pemain lain juga. Anda tidak boleh hanya fokus kepada Bale.

“Kami perlu memikirkan strategi terbaik untuk perlawanan seterusnya dan mempamer aksi yang sama seperti bertemu Slovakia,” katanya. - Reuters

SUMBER-Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 13 Jun 2016 @ 10:02 AM
 

ROONEY (kiri) lebih tumpukan kekuatan pasukan.

No comments:

Post a Comment