NOOR HAFIZA
CHE ABDULLAH
18 JUN 2016
Harimau
Malaysia dimalukan Papua New Guinea
SKUAD
Harimau Malaysia memulakan siri Jelajah Oceania 2016 dengan langkah sumbang
apabila tewas 0-2 kepada Papua New Guinea (PNG) di Stadium Sir John Guise, Port
Moresby, semalam.
Dalam
perlawanan itu, perjudian Datuk Ong Kim Swee menurunkan penjaga gol muda
negara, Farhan Abu Bakar sebagai benteng terakhir nyata membawa padah apabila
gawang negara dibolosi dengan mudah pada babak pertama.
Kedua-dua
gol Papua hadir menerusi penyerangnya, Tommy Semmy masing-masing pada m-35 dan
m-42.
Pemain
negara cuba bangkit selepas ketinggalan dua gol dengan Kim Swee mengubah
percaturan apabila melakukan lima pertukaran pada babak kedua dengan menurunkan
tonggak utama iaitu S Kunanlan, Fazly Mazlan, Amirulhadi Zainal, S Chanthuru
dan Christie Jayaseelan.
Namun,
Malaysia yang menduduki ranking ke-173 dunia berbanding Papua 193) semakin
tertekan apabila terpaksa beraksi dengan 10 pemain pada m-66 apabila Shahrom
Kalam mengalami kecederaan ketika pertukaran pemain sudah tidak boleh dilakukan
oleh pelawat.
Pengendali
kebangsaan, Kim Swee menganggap sikap ambil mudah pemain selepas menang ke atas
Timor Leste tempoh hari antara faktor kekalahan itu.
“Papua
menunjukkan peningkatan dan mereka bermain sangat baik, malah mereka tidak
memberi ruang kita bergerak ke hadapan dengan memberi tekanan dari awal hingga
ke akhir.
“Tapi apa
yang mengecewakan saya adalah sikap pemain yang diturunkan tidak menunjukkan
karakter sebenar malah tidak membantu antara satu sama lain.
“Kita juga
lihat apabila kita berjaya menewaskan Timor Leste sebanyak dua kali dan selepas
itu, beberapa pemain antaranya telah bersikap ambil mudah. Ini faktor yang
perlu saya teliti selain perkemas permainan yang lebih baik,” katanya.
Harimau
Malaysia akan meneruskan siri Jelajah Oceania 2016 dengan menentang New
Caledonia di Noumea pada 22 Jun dan Fiji di Nadi pada 26 Jun.
Sumber-Sinar
Harian online 18 JUN 2016
No comments:
Post a Comment