PENJAGA gol
kebangsaan, Khairul Fahmi Che Mat. - Foto Hasriyasyah Sabudin KUALA LUMPUR:
Penjaga gol kebangsaan, Khairul Fahmi Che Mat, tidak dapat menyertai skuad
Harimau Malaysia ketika perlawanan bertemu Papua New Guinea di Port Moresby,
Jumaat lalu kerana dikenakan sekatan oleh Jabatan Imigresen Malaysia.
Setiausaha
Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin, dalam satu
kenyataan berkata, Khairul Fahmi atau lebih mesra dipanggil Apek ditahan di
pintu keluar antarabangsa Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2),
Sepang pada 11 Jun 2016.
"Rentetan
itu, Khairul Fahmi terpaksa ditinggalkan di tanah air untuk menyelesaikan
urusan tunggakan cukai pendapatan dengan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN),
yang menyebabkan beliau dikenakan sekatan perjalanan ke luar negara itu.
"Khairul Fahmi menyatakan beliau akan menyelesaikan masalah itu bagi
membolehkannya menyertai pasukan pada baki perlawanan dalam siri Jelajah
Oceania 2016," katanya.
SUMBER-Selanjutnya
di : http://www.bharian.com.my/node/166574
No comments:
Post a Comment