Aleksey
Leonov
Yuri Gagarin
MOSCOW -
Kematian individu pertama mengorbit bumi pada 1961 Yuri Gagarin terjawab
selepas rakanya Aleksey Leonov membuat pendedahan di media baru-baru ini.
Selepas
tujuh tahun angkasawan Rusia itu melakar sejarah, media melaporkan beliau
terbunuh ketika kemalangan semasa latihan penerbangan namun, pihak berkuasa
ketika itu tidak mendedahkan punca bagaimana beliau meninggal dunia.
Pelbagai
teori konspirasi tercetus sejak kematian beliau. Ada menyifatkan beliau dibunuh
atas arahan pemimpin Soviet, Leonid Brezhnev kerana membocorkan rahsia kerajaan,
ada juga berpendapat, Gagarin membunuh diri dan tidak kurang juga mengatakan,
pesawat beliau menjadi mangsa dendam Objek Terbang Yang Tidak Dikenali (UFO)
ketika berada di angkasa.
Tetapi
selepas 40 tahun menyimpan rahsia, Leonov akhirnya mendedahkan punca sebenar
kematian Gagarin yang merupakan rakan karibnya.
Beliau
menjelaskan, ketika latihan penerbangan di Pusat Latihan Penerbangan Rusia,
terdapat sebuah pesawat pejuang SU-15
(dirahsiakan pemandunya) tidak dibenarkan melakukan latihan, namun juru terbang
itu berdegil untuk terus melakukan latihan penerbangan.
“Pesawat itu
terbang hampir dengan pesawat Gagarin. Juruterbang itu tidak mengikut syarat
penerbangan ditetapkan apabila menurunkan had ketinggian penerbangan mencecah
450 meter.
Pesawat itu
berada pada jarak 15 meter dan akhirnya berlanggar dengan pesawat Gagarin pada
kelajuan super sonik 750 kilometer sejam,” katanya dipetik MailOnline
Menurutnya,
sebelum kebenaran penerbangan diberi, latihan itu sepatutnya dibatalkan kerana
cuaca buruk namun, belum sempat di arahkan, kejadian tersebut telah berlaku dan
pesawat terbabit terhempas di perkampungan Novoselova.
Leonov
merupakan salah seorang daripada panel penyiasat dalam tragedi itu.
Sumber- SINAR HARIAN ONLINE 17 JUN 2013
No comments:
Post a Comment