CRISTIANO Ronaldo. - Foto
REUTERS LISBON: Cristiano Ronaldo meledak dua gol ketika Portugal memanaskan
badan menjelang Euro 2016 dengan kemenangan besar 7-0 ke atas Estonia di
Stadium of Light, malam tadi. Penyerang bintang kelab gergasi Real Madrid itu
mencipta dua gol dalam tempoh sembilan minit berselang pada babak pertama
perlawanan. "Hari ini kami menunjukkan yang pasukan bermain dengan baik
pada semua tahap. Kami menjaringkan tujuh gol namun ia tidak terlalu bermakna.
Kami perlu kekalkan kaki kami
di atas tanah," kata Ronaldo selepas perlawanan. "Sukar untuk
menjuarai kejohanan dan kami akan mengharunginya satu persatu perlawanan
terlebih dulu." Ricardo Quaresma yang turut disenaraikan dalam kesebelasan
utama bersama Ronaldo turut menjaringkan dua gol, meneruskan prestasi
cemerlangnya ketika Portugal menewaskan Norway, minggu lalu.
Melengkapkan jumlah jaringan
ialah Danilo pada minit ke-55, Eder (m80) dan gol sendiri pemain Estonia, Karol
Mets pada minit ke-61. Portugal menewaskan Norway 3-0 pada aksi memanas badan
pertama menjelang Euro namun tumbang 1-0 kepada England, minggu lalu namun dua
tonggaknya, Ronaldo dan Pepe tidak beraksi ketika itu.
Ronaldo sudah pun meletakkan
namanya sebagai legenda di Portugal dengan muncul penjaring gol terbanyak namun
masih gagal menghadiahkan negaranya trofi di kejuaraan utama. Pada usia 31
tahun dan diundi dalam Kumpulan F yang dianggap mudah, bertemu Austria, Hungary
dan Iceland, kejohanan di Paris dianggap peluang terbaik Ronaldo untuk menyinar
di pentas antarabangsa. - AFP
SUMBER-Selanjutnya di :
http://www.bharian.com.my/node/162301
No comments:
Post a Comment