Ad

Tuesday 14 June 2016

Kane mungkin kehilangan tempat – Shearer

14 Jun 2016 12:57 AM
LONDON 13 Jun – Prestasi Harry Kane ketika menentang Rusia tidak cukup bagus dan dia tidak boleh merungut sekiranya Jamie Vardy menggantikan tempatnya dalam pasukan England untuk perlawanan Kumpulan B dengan Wales di Lens Khamis ini, kata bekas penyerang Three Lions, Alan Shearer.
 
HARRY KANE (kiri) mungkin akan digantikan oleh Jamie Vardy sekiranya gagal mempertingkatkan prestasinya untuk perlawanan dengan Wales Khamis ini. Reuters
Penyerang Tottenham Hotspur itu, yang merupakan penjaring terba­nyak Liga Perdana Inggeris musim lalu, gagal menyinar dalam perlawanan pembukaan England, dan menurut Shearer, dia kurang tenaga.
Penyerang juara Liga Perdana Leicester City, Vardy pula hanya duduk di bangku pemain simpanan ketika England seri 1-1 di Marseille.
“(Jurulatih England) Roy Hodgson berhak untuk memberitahu Harry Kane bahawa prestasinya ketika seri dengan Rusia Sabtu lalu adalah tidak cukup bagus dan dia perlu mempertingkatkan permainannya atau akan kehilangan tempatnya - dan memang sepatutnya,” kata Shearer kepada BBC.
“Saya sangat meminati Kane, dan dia juga telah menempuh musim yang hebat bersama Tottenham, tetapi dia kelihatan lembab dan keletihan ketika menentang Rusia Sabtu lalu.
Shearer tetap menjangkakan Kane akan mengetuai barisan hadapan England apabila mereka menentang Wales, tetapi berkata pemain itu perlu mempertingkatkan prestasinya.
Kane bermain selaku penyerang tengah dalam formasi tiga penyerang ketika menentang Rusia dengan Adam Lallana cemerlang di sebelah kanan manakala Sterling juga agak berkarat di sebelah kiri meskipun banyak mendapat bola.
Kane hanya menyentuh bola apabila berada di dalam kawasan penalti Rusia.
“Hanya kerana anda menempuh satu perlawanan dengan teruk tidak bermakna anda adalah pemain yang teruk dan Kane tentunya mengharapkan Hodgson memberikannya satu lagi peluang.
“Tetapi Hodgson mempunyai banyak pilihan lain yang bagus, terutamanya untuk posisi penyerang te­ngah,” kata Shearer. – REUTERS

- SUMBER: http://www.utusan.com.my/sukan/bola-sepak/kane-mungkin-kehilangan-tempat-8211-shearer-1.342156#sthash.cXvZa9to.dpuf

No comments:

Post a Comment