Semua pemain diberi peluang bukti kemampuan
FADHILUL
IZMEL ISHAK | 21 Jun 2016 12:14 AM
SKUAD
Harimau Malaysia baharu tiba di New Caledonia bagi mengharungi satu lagi
perlawanan persahabatan kelas A menentang pasukan negara itu, semalam.
KUALA LUMPUR
20 Jun - Pengendali skuad Harimau Malaysia, Datuk Ong Kim Swee memberi bayangan
bahawa dia tidak akan menutup ruang kepada mana-mana pemain untuk diturunkan
dalam aksi persahabatan kelas A menentang New Caledonia di Stadium Numa-Daly
Magenta, Noumea Rabu ini.
Kim Swee
berkata, ruang dan peluang masih diberikan kepada semua pemain untuk mewakili skuad
kebangsaan, bagaimanapun pengendali kelahiran dari Melaka itu mengakui dia
tidak akan melakukan pertukaran secara besar-besaran seperti mana yang
dilakukannya ketika menentang Papua New Guinea (PNG) pada minggu lalu.
“Saya akan
meneruskan perancangan dengan memberi ruang buat semua pemain beraksi dalam dua
perlawanan terakhir ini, namun pertukaran tidak melibatkan secara besar-besaran
bagi memberi peluang buat semua pemain membuktikan kemampuan sebenar mereka,”
kata Kim Swee yang ketika ini sudah pun berada di New Caledonia.
Ketika
menentang PNG, Kim Swee membuat keputusan memasukkan beberapa pemain bukan
kebiasaan dalam kesebelasan utama apabila merehatkan penjaring gol Harimau
Malaysia ketika mengalahkan Timor Leste dalam playoff kelayakan Piala Asia 2019,
Ahmad Hazwan Bakri.
Turut
direhatkan Mohd. Izham Tarmizi, Mohd. Aidil Zafuan Abd Razak, S. Kunanlan,
Mohd. Amirulhadi Zainal dan Mohd. Fazly Mazlan. Keputusan itu dibuat selepas
Kim Swee mahu melihat kemampuan, kredibiliti serta kesungguhan pemain lain
beraksi bersama skuad kebangsaan.
Dalam pada
itu, pengendali berusia 45 tahun itu turut mengakui selepas aksi persahabatan
yang berkesudahan tewas 2-0 ketika menentang PNG, Kim Swee mengenal pasti
beberapa kelemahan yang dilakukan pasukan terutamanya di bahagian tengah.
“Beberapa
kelemahan di bahagian tengah yang nampak kurang berkesan, tetapi secara
keseluruhan kekuatan kita bukan di tahap sebenar di mana saya percaya kita
mampu melakukan dengan lebih baik,” katanya lagi.
Kim Swee
berkata, dia tidak berasa sebarang tekanan meskipun gagal mencipta kemenangan
pertama dalam siri Jelajah Oceania, malah menegaskan matlamat sebenar skuad
kebangsaan masih lagi jauh.
“Tiada
tekanan, namun saya perlu tegas di sini yang tujuan sebenar kita masih lagi
jauh dan dengan tiga perlawanan yang kita lalui di sini sudah tentu akan
memberi manfaat buat seluruh pemain dan pasukan bagi mengharungi persiapan
untuk Piala AFF,” katanya lagi.
Tambah Kim
Swee, bagi menghadapi New Caledonia kemungkinan besar dia tidak dapat menurunkan
dua pertahanan, Mohd. Shahrom Kalam dan Mahali Jasuli selepas kedua-dua pemain
tersebut mengalami kecederaan lutut kanan serta lutut kiri sewaktu bertemu PNG.
- Sumber
http://www.utusan.com.my/sukan/bola-sepak/tiada-rombakan-besar-1.345075#sthash.ciK3UXtw.dpuf
No comments:
Post a Comment