OLEH-AHMAD BIN YAAKOB
KONSEP PEMBESAR
Golongan pembesar ialah
pegawai-pegawai kerajaan yang dilantik oleh raja untuk menjawat jawatan
tertentu dan melaksanakan semua bidang tugas yang diberikan atau diarahkan
kepadanya. Golongan ini juga dikenali sebagai golongan pemerintah yang
melaksanakan segala urusan dan pentadbiran yang diarahkan oleh raja atau
maharaja. Tanggungjawab yang diberikan kepada pembesar dalam melaksanakan
tugasnya akan menjadi kayu pengukur dalam pengenalan tugas sebagai pembesar.[1]
Pembesar berperanan penting dalam sistem pentadbiran monarki. Pembesar
merupakan tulang belakang kepada raja Rusia. Pembesar membantu maharaja dalam
pemerintahan dan dilantik secara rasmi oleh raja/maharaja.[2]
KEDUDUKAN PEMBESAR
Pembesar di Rusia mempunyai
kedudukan tertinggi selepas Tzar. Mereka ialah para bangsawan paling kanan.Pembesar
dianggap sebagai tulang belakang atau tiang kerajaan. Mobiliti sosial pembesar berlaku
secara lantikan.[3]
Pada zaman Peter berlaku mobiliti sosial dalam kalangan masyarakat Rusia. Pada
zaman Peter banyak bangsawan baru lahir terutama yang telah berkhidmat dengan
cemerlang dalam ketenteraan.Golongan bangsawan baharu ini memiliki tanah dan
memberi perkhidmatan ketenteraan kepada Peter.
SISTEM PEMBESAR DI RUSIA.
Sistem pembesar di Rusia
berbeza dengan sistem pembesar di China. Di Rusia, pentadbiran raja pada era
Moscow dan Dinasti Ramanov dibantu oleh Duma, Zemskii Sabor dan Prikazi.
DUMA
Duma ialah majlis penasihat
tertinggi yang dianggotai oleh para bangsawan paling kanan dan bertindak
menyelaras hal ehwal pemerintahan, membuat dan meluluskan dasar tertentu, dan
sistem kehakiman. Namun begitu, kata pemutus masih lagi di tangan raja.
ZEMSKII SABOR
Zemskii Sabor merupakan majlis
penasihat yang dianggotai antara 140 - 50 orang bangsawan, tetapi kuasanya
lebih rendah daripada I Duma.
PRIKAZI
Prikazi merupakan jabatan
kerajaan yang melaksanakan dasar yang diluluskan oleh Duma.
Pada zaman pemerintahan Peter, beliau
telah melakukan penyusunan semula sistem pentadbiran bertujuan sistem
pentadbiran berpusat, seragam, cekap, dan tidak berlaku pertindihan kuasa
antara institusi tertentu. Oleh itu, pada tahun 1711, Duma dan Zemskii Sabor
digantikan dengan Majlis Senate.
Majlis Senate mempunyai anggota seramai 9
orang. Colleges dibentuk untuk memikul beban tugas Senate yang semakin berat.
Pada tahun 1718, tanggungjawab membuat keputusan secara kolektif telah
ditekankan oleh Peter. Prinsip ini dapat menggantikan Prikazi yang lebih
memberi laluan kepada individu tertentu untuk membuat keputusan.[4]
Golongan bangsawan membantu urusan
pemerintahan dan pentadbiran Peter. Pada zarnan pemerintahan Peter, banyak
bangsawan baru lahir terutama yang telah berkhidmat dengan cemerlang dalam
ketenteraan.Golongan bangsawan baharu ini memiliki tanah dan memberi
perkhidmatan ketenteraan kepada Peter.Dianggarkan pada tahun 1700 sebelum
perubahan dilakukan oleh Peter, bangsawan Rusia adalah seramai 2985 orang. Pada
tahun 1737,keluarga bangsawan telah meningkat kepada 100 000 orang dan daripada
jumlah tersebut, 500 000 adalah bangsawan lelaki dan 200 000 terdiri daripada
pegawai kerajaan.
Situasi tersebut menunjukkan berlakunya
mobiliti sosial dalam kalangan masyarakat di Rusia. Peranan institusi gereja
dalam empayar Rusia tidak dapat dinafikan. Pada zaman Kiev dan Moscow,
institusi gereja Kristian Ortodoks
memainkan peranan penting dalam hal ehwal keagamaan, ekonomi, dan
politik.
Namun, peranan institusi gereja Kristian
Ortodoks telah berkurangan dan diletakkan di bawah kekuasaan pemerintahan
Peter. Peter tidak begitu menyenangi pembabitan institusi gereja dalam
pemerintahan kerana inginkan pembaharuan dilakukan di Rusia. Buktinya, Peter
tidak melantik Patriarch baharu pada tahun 1700 dan selepas 21 tahun dalam
pemerintahan, Peter memperkenalkan Holy Synod untuk mengambil alih peranan
Patriarch.
Semasa pemerintahan Catherine, beliau
telah memiliknegarakan harta dan kekayaan gereja dan gereja terpaksa bergantung
kepada bantuan daripada kerajaan pusat. Hal ini membolehkan raja mengawal kuasa
gereja dan memperkukuhkan pemerintahan diktatornya. Dasar Peter dan Catherine ini
berbeza dengan dasar maharaja China yang mengutamakan ajaran Confucius dalam
sistem pentadbiran pembesar di China Pembesar di China berlatar belakang
pendidikan Confucius.
Dasar pemerintahan Alexander I pula
mengambil pendekatan lebih bersifat liberat dalam segala perubahan yang
dilakukan di Rusia. Alexander I telah melantik jawatankuasa khas atau lebih
dikenali sebagai Mshtosa Tidak Rasmi untuk menasihatinya dalam hal ehwal
berhubung dengan dasar negara. lawatankuasa Tidak Rasmi ini bukan sahaja memberi
nasihat kepada Alexander I, malahan mereka menyokong dasar liberal yang
dipegang oleh Alexander I dalam pemerintahannya.
Pendekatan liberal diteruskan pada
tahun1809 apabila Alexander I telah memperkenalkan perubahan dalam pemilihan
anggota Duma atau parlimen.[5]
1.Alexander I mencadangkan agar
diadakan pilihan raya untuk memilih anggota Duma.
2.Cadangan ini diutarakan oleh
Alexander I dengan cara mengadakan pungutan suara dalam kalangan masyarakat
Rusia.
3.Amalan dasar liberal amat
ketara apabila Alexander I memberi hak kepada golongan petani dan hamba untuk
menyatakan pandangan mereka. Namun dasar tersebut ditentang oleh golongan
bangsawan yang merasakan dasar liberal Alexander I hanya merugikan mereka.
4.Pada masa yang sama,
Alexander I menghadapi permasalahan dengan Napoleon dan beliau bimbang
perubahan dasarnya ini akan menyebabkan kurangnya sokongan daripada golongan
bangsawan.
5.Oleh yang demikian, dasar
Alexander I yang mahu membawa perubahan dalam golongan atasan tidak dapat
diterima oleh masyarakat Rusia.
Pengisytiharan manifesto
Oktober oleh Nicholas II membolehkan Duma berfungsi sebagai Parlimen Rendah dan
pemilihan keahliannya berdasarkan suara undian terbanyak masyarakat bukan
dilantik oleh Tsar.
1.Duma pertama dibentuk selepas
pengisytiharan manifesto Oktober dan sidang pertama diadakan pada bulan Mei
tahun 1906.
Ahlinya seramai 497 orang
terdiri daripada 45 wakil yang prokerajaan pusat, 32 wakil masyarakat bukan
Rusia seperti Poland dan orang Islam, 184 Cadet, 124 mewakili sayap kiri dan
112 wakil bebas.
Keahlian yang pelbagai dalam
Duma menyukarkan kerajaan Rusia untuk mentadbir empayarnya. Pada masa yang
sama, Tsar masih mendapat sokongan daripada wakil prokerajaan dan beranggapan
Duma masih di bawah pengaruh Tsar.
Oleh sebab itu, sering terdapat perbalahan
keputusan kerajaan. Misalnya, apabila membincangkan isu tanah, Duma mahukan
pemberian tanah dilakukan secara adil kepada petani, keluarga yang ramai, dan
institusi gereja. Sedangkan, wakil prokerajaan mahukan tanah simpanan dikawal
sepenuhnya oleh tuan tanah yang dilantik oleh kerajaan pusat.Kesannya,
persidangan menemui jalan buntu dan selepas 40 kali perjumpaan, Nicholas II
membubarkan Duma pertama. Pada bulan Mac 1907, Duma kedua ditubuhkan.[6]
PENTADBIRAN WILAYAH
Pentadbiran Alexander II
dibantu oleh Dewan Perhimpunan Wilayah yang bertanggungiawab membantu Tsar
dalam menentukan pentadbiran negara.Keanggotaannya terdiri daripada golongan
bangsawan.Bagi mengawal golongan bangsawan dan Dewan Perhimpunan Wilayah, Alexander
II telah meluluskan satu undang-undang pada tahun 1864, iaitu setiap daerah
daripada 34 buah wilayah akan mempunyai majlis Perundangan tempatan (Majlis
Daerah) atau Zemstvo.
Penduduk bandar dan kaum petani diberi
peluang untuk memilih ahli Majlis Daerah atau Zemstvo.Ahli Zemstvo Daerah pula
akan memilih anggota Zemstvo Wilayah.Majlis ini akan bertanggungiawab
memelihara jambatan, jalan raya,pendidikan, kesihatan awam, dan pemilihan
pegawai undang- undang.
Walaupun Zemstvo memiliki kuasa politik
yang terhad, namun penubuhannya merupakan satu-satunya institusi separa politik
yang bebas daripada kawalan birokrasi Tzar.Pentadbiran daerah turut membantu
Tsardalam pemerintahan- Misalnya semasa pentadbiran Rusia di bawah Catherine,
beliau telah menlrusun semula sistem pentadbiran di peringkat daerah. Setiap
daerah diletakkan di bawah pentadbiran gabenor atau naib gabenor yang dilantik
oleh kerajaan pusat. Alexander II mewujudkan sistem mahkamah yang berasingan
daripada jabatan kerajaan yang lain demi memastikan keamanan dan kelangsungan
pentadbirannya di Rusia.
Alexander II memastikan pentadbiran hakim
dan majistret terasing daripada jabatan kerajaan yang lain Rakyat harus
menerima undang-undang yang sama tanpa mengira taraf sosial.Kes-kes mahkamah
dibicarakan secara terbuka dan sistem perbicaraan menggunakan juri
diperkenalkan.Alexander II memerintahkan agar perbicaraan mengenai perkara awam
dan jenayah dipindahkan daripada tangan pegawai-pegawai pentadbir kepada kuasa
mahkamah yang dibentuk mengikut Barat.Terdapat jaksa pendamai, hakim-hakim
daerah, dan sebuah Senat
yang menjalankan tugas sebagai
Mahkamah Rayuan.[6]
PENTADBIRAN PERINGKAT KAMPUNG
Pentadbiran kampung diserahkan
kepada Komun atau mir atau majlis kampung yang dijadikan wakil oleh kerajaan
pusat untuk memungut cukai yang telah ditetapkan.Memastikan setiap isi rumah
petani membayar pinjaman kerajaan selama 49 tahun. Bayaran ini akan dikutip
setiap tahun.
Tugas comun juga menentukan jenis tanaman
yang diusahakan oleh petani dan berkuasa mengagihkan tanah pertanian secara
tahunan kepada petani yang tertentu sahaja.Comun melatih generasi muda daripada
kalangan petani sebagai persediaan khidmat tentera apabila diperlukan oleh
Tsar.Komun menjadi penampan kepada kemasukan pengaruh negatif di kawasan luar
bandar yang boleh menjejaskan pemerintahan kerajaan pusat.
Kerajaan pusat berupaya mencengkam tuan
tanah dan petani melalui komun dan komun menjadi mata dan telinga kerajaan
pusat.Pentadbiran Tsar-tsar di Rusia yang mengamalkan raja berkuasa mutlak dan
menjalankan pemerintahan secara autokratik membawa kepada penubuhan Polis
Rahsia Khas.
POLIS RAHSIA KHAS
Tugas Polis Rahsia Khas ialah
mengawal penyebaran unsur propaganda yang menggugat pemerintahan Tsar,
demontrasi masyarakat, mengawal jalan
keluar masuk ke empayar Rusia, dan serta menjadi mata dan telinga Tsar.
Polis Rahsia pada era
pemerintahan Nicholas I (1825 1855), mengenakan tapisan keluar masuk Rusia
secara ketat dan masyarakat penulisan yang berbaur penentangan dan menentang
kewibawaan sebagai pemerintah. Pada era Alexander II, Polis Rahsia menangkap
mereka yang mengkhianati Tsar. Mereka yang ditangkap kerana memberontak akan
dibuang ke Siberia tanpa menjalani apa-apa perbicaraan mahkamah.
Nicholas. II juga menggunakan polis
rahsia atau okhrana dalam pemerintahannya. Okhrana ini mempunyai jaringan wakil
yang luas dan menjadi pemberi maklumat dari kawasan luar bandar atau bandar.
Mereka mendapat latihan khas untuk berhadapan dengan gerakan bawah tanah yang
menghasut rakyat dan menyebarkan propaganda di Rusia. Penubuhan okhrana telah
memperkukuhkan kekuasaan Nicholas II.[7]
[1] Mahdi
Shuid dan Sazlina Othman, Kertas
Peperiksaan Sejarah STPM Penggal 1 940/ (Sejarah 1), (Kuala Lumpur: Global
Mediastreet Sdn. Nhd.,2016), 57
[2] “Pembesar”
dalam
Modul Pengajaran dan Pembelajaran STPM Sejarah Penggal 1, , (Putrajaya:
Kementerian Pendidikan Malaysia,2013)59 .
[3]Ibid,59.
[4] Mahdi
Shuid, Sazlina Othman dan Ajurun Ahamed,
“Teks STPM Sejarah Penggal 1”, (Penerbitan Pelangi, Bandar Baru Bangi
2014), 117.
[5]
Ibid
[6]Ibid,119
[7] Ibid,120.
No comments:
Post a Comment