STURRIDGE
berjaya menutup mulut para pengkritiknya apabila muncul wira menjaringkan gol
kemenangan ketika England menewaskan Wales pada aksi sebelum ini.
PARIS –
Jurulatih England, Roy Hodgson melabelkan Daniel Sturridge sebagai pemain
istimewa dalam skuad kendaliannya itu dan berharap penyerang Liverpool itu akan
terus membuktikan dirinya sebagai nadi buat England pada dalam kempen Euro 2016
ini.
Pada aksi
pembukaan Kumpulan B, Sturridge sekadar memanaskan bangku simpanan ketika The
Three Lions seri 1-1 dengan Rusia.
Ketika
menyaksikan England ketinggalan 0-1 pada aksi menentang Wales minggu lalu,
bintang Liverpool berusia 26 tahun itu tampil sebagai pemain gantian dan
akhirnya membuktikan keupayaan meledak gol kemenangan pada masa kecederaan.
Mengulas lanjut,
Hodgson pantas memuji bekas pemain akademi Manchester City itu tetapi
situasinya kini masih menimbulkan tanda tanya sama ada diturunkan untuk aksi
terakhir peringkat kumpulan bertemu Slovakia ekoran ditimpa masalah kecederaan
ketika menentang Wales.
“Sturridge
adalah seorang pemain istimewa. Tidak perlu disangkal lagi. Sejak dia kembali
pulih daripada kecederaan, dia sentiasa menemui jalan untuk menyelesaikan
masalahnya.
“Bayangkan
dia hanya mengambil masa singkat untuk menemui kembali sentuhan terbaik selepas
dia ditimpa masalah kecederaan ketika mewakili Liverpool pada aksi final Liga
Europa.
“Namun, saya
gembira buat dirinya kerana sebaik dia ditimpa masalah kecederaan, banyak
spekulasi dan persoalan apakah dia pemain yang sesuai untuk berada di dalam
skuad England.
“Akhirnya,
dia membuktikan kritikan itu silap selain membalas keyakinan saya kerana dia
jarang mengecewakan saya setiap kali diturunkan,” katanya. – Agensi
SUMBER-Artikel
Penuh:
http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2016&dt=0620&pub=Kosmo&sec=Sukan&pg=su_01.htm#ixzz4C4Z5sIpU
Hakcipta terpelihara
No comments:
Post a Comment