Pada hari ini 23.6.1967. YAB Tun Abdul Razak. Timbalan
Perdana Menteri Malaysia telah merasmikan pembukaan kilang kelapa sawit yang
pertama kepunyaan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan atau ringkasnya FELDA di
Terengganu. Di dalam ucapan perasmiannya, Tun Abdul Razak mensifatkan kilang
kelapa sawit ini sebagai simbol pendekatan yang progresif Kerajaan dalam bidang
rancangan kemajuan luar bandarnya. Pembinaan kilang ini juga melambangkan
sesuatu perubahan penting yang berlaku kepada perusahaan pertanian kecil di
negara ini. Satu lagi kejayaan yang dicapai melalui pembinaan kilang kelapa
sawit ini ialah ianya dijalankan sepenuhnya oleh jurutera-jurutera dan
juruteknik-juruteknik Malaysia yang terlatih dan boleh memproses dua puluh
lapan tan buah kelapa sawit dalam masa satu jam. Kilang ini dijangka akan mengeluarkan
sebanyak dua puluh tiga ribu tan minyak kelapa sawit setahun mulai 1976. Tun
Abdul Razak seterusnya menyatakan bahawa pembangunan yang dinamis dalam kawasan
luar bandar mestilah diasaskan kepada sistem pengeluaran dan pasaran yang
progresif. Ini adalah untuk mendapatkan
faedah yang besar khususnya kepada peneroka-peneroka tanah rancangan. Tambah
beliau lagi kejayaan satu-satu rancangan tanah bergantung kepada pihak Kerajaan
dan peneroka-peneroka kerana rancangan tersebut merupakan perusahaan bersama
antara mereka. Untuk kejayaan yang lebih besar, Tun Razak menyatakan bahawa
Kerajaan bercadang untuk membina lima buah kilang yang lebih besar bagi
menampung pengeluaran hasil kelapa sawit di tanah rancangan FELDA Jengka,
Pahang. Dengan pembinaan kilang-kilang ini, dapatlah mewujudkan kira-kira
sepuluh ribu peluang pekerjaan kepada belia-belia. Perasmian kilang kelapa
sawit yang pertama kepunyaan FELDA oleh YAB Tun Abdul Razak pada hari ini dalam
tahun 1967, sesungguhnya memberikan faedah yang besar kepada peneroka-peneroka
di tanah-tanah rancangan untuk memproses hasil-hasil tanaman mereka. Ianya juga
menunjukkan kesungguhan Kerajaan dalam memajukan pembangunan rancangan luar
bandar.
Ad
Labels
- AGAMA
- AKHYARLSJDT
- ARKIB LIGA MALASIA
- BELASUNGKAWA
- BICARA AGAMA
- HADIS-JAKIM
- HARI INI DALAM SEJARAH
- HIDUPAN LIAR
- HOKI MALAYSIA
- KARTUN
- PASIR PUTEH
- PASUKAN BOLASEPAK MALAYSIA
- PELANCONGAN
- PEMAIN MUDA 2017
- PENDIDIKAN
- PENGASUH 1918-1955
- PENYELIDIKAN SEJARAH AHMAD
- PIALA DUNIA
- PIALA FA
- PIALA MALAYSIA
- SEJARAH FELDA
- SEJARAH MALAYSIA
- SEJARAH STPM P2
- SEJARAH STPM P3
- SEJARAH STPM PI
- SELANGOR 2008
- SIRAH NABI
- SMK JENGKA2
- SUKAN KOMANWEL
- VIDEO SEJARAH
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment