Ad

Wednesday, 8 June 2016

Malaysia kempunan trofi Piala Negara-Negara

ISNIN, 6 JUN 2016 @ 12:18 AM
Malaysia kempunan trofi Piala Negara-Negara
Oleh Nazri Abu Bakar bhsukan@bh.com.my
 
PEMAIN dan pegawai pasukan Thailand menjulang Piala Nations 2016 selepas mengalahkan Malaysia 2-1 pada perlawanan akhir Piala Negara-Negara 2016 di Stadium Hang Jebat, Melaka. - Foto Muhammad Zuhairi Zuber

MELAKA: Thailand dilihat masih berkuasa di rantau Asia Tenggara selepas menewaskan Malaysia 2-1 pada aksi final Piala Negara-Negara 2016 di Stadium Hang Jebat, sebentar tadi. Pemenang emas Sukan Sea 2015 itu terlebih dahulu menjaringkan gol pertama seawal m-4 menerusi rembatan Worawut Namvech selepas bola sepakan percuma rakan sepasukan terkena tiang kanan skuad negara untuk dia mudah meletakkan bola ke dalam jaring Malaysia.

Gol terbabit menekan anak buah jurulatih Jerman, Frank Bernhardt untuk mencipta kebangkitan ketika barisan pelawat bijak menguasai persaingan tetapi mujur mereka gagal menambah jaringan selepas itu. Skuad negara memiliki peluang menyamakan kedudukan namun Muhd Jafri Firdaus Chew gagal menanduk kemas hantaran Mohd Safawi Rashid pada m-16 diikuti tandukan Muhd Arif Anuar m-21 berjaya diselamatkan penjaga gol Apirak Worawong.

Namun penantian skuad muda negara untuk mengikat skuad bimbingan legenda Thailand, Worrawoot Srimaka akhirnya berjaya di cipta Nur Syamie Iszuan Amin pada m-35 selepas menerima hantaran menarik Muhd Safawi menewaskan Apirak. Malah jika tidak kegopohan Jafri melakukan penyudahan, gol kedua mampu terhasil namun tandukannya m-36 gagal menepati sasaran manakala rembatannya pada m-38 tinggi melepasi palang gol skuad Gajah Perang.
 
 PEMAIN Malaysia, Muhd Arif Mohamed Anwar (kiri) diasak pemain Thailand, Suriya Singsui pada perlawanan akhir Piala Negara-Negara 2016 di Stadium Hang Jebat, Melaka. - Foto Muhammad Zuhairi Zuber Babak kedua menyaksikan Sapawi memiliki peluang buat Malaysia m-47 mendahului lawan namun rembatannya berjaya di selamatkan Apirak sementara rembatan pemain tengah Thailand Nattawut Sombatyotha  m-50 tinggi ketika dia hanya berdepan penjaga gol Amierul Hakimi Awang. Aksi selebihnya dilihat milik Thailand ketika pergerakan bola banyak berlegar di kawasan Malaysia dengan skuad negara hanya sesekali memasuki daerah pelawat. Selepas giat mengasak Thailand akhirnya berjaya memperolehi gol kedua mereka pada m-78 hasil hantaran Montree Promsawat bagi membolehkan kapten pasukan Chenrop Samphaodi menjaringkan gol kemenangan mereka.   DISYORKAN


SUMBER-Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/161308

No comments:

Post a Comment