BERNAMA | 08
Jun 2016 8:08 PM
NAJIB
KUALA LUMPUR 8 Jun - Perdana
Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan pemberian Bantuan Khas
Kewangan RM500 kepada 1.6 juta penjawat awam sebagai persiapan menyambut Hari
Raya Aidilfitri.
Dalam kenyataan di sini, beliau
berkata bantuan khas RM250 akan turut dinikmati 743,000 pesara kerajaan sebagai
menghargai jasa perkhidmatan mereka.
"Pembayaran bagi bantuan
khas ini akan dibuat pada 13 Jun ini," katanya sambil menambah ia
melibatkan anggaran peruntukan kewangan RM1 bilion.
"Kerajaan berharap
pemberian bantuan khas ini dapat meringankan beban kewangan penjawat awam dan
pesara bagi persiapan Hari Raya Aidilfitri 2016," kata Perdana Menteri.
Najib menarik perhatian bahawa
penjawat awam akan menikmati satu kenaikan gaji tahunan (KGT) pada Julai ini
yang melibatkan anggaran implikasi kewangan RM1.1 bilion. – BERNAMA
UM ONLINE 9.6.2016
No comments:
Post a Comment