Agensi
Lens: Dua
penyerang gantian Jamie Vardy dan Daniel Sturridge menjadi pencetus kebangkitan
England apabila masing-masing menyumbat gol pada babak kedua bagi memastikan
kemenangan 2-1 ke atas Wales dalam aksi getir Kumpulan B saingan Euro 2016 di
Lens malam tadi.
Kemenangan
itu memastikan England kembali bernyawa dalam mencari tempat ke pusingan kedua
selepas sekadar seri 1-1 dengan Russia pada perlawanan pembukaan Isnin lalu.
Tiada
kejutan dilakukan pengendali England Roy Hodsgon yang menurunkan barisan pemain
sama dengan penyerang kelab juara Liga Perdana Leicester Vardy sekali lagi
berada di bangku simpanan.
Biarpun
England dilihat mempunyai kelebihan untuk memenangi pertemuan ke-102 dalam
sejarah permusuhan kedua-dua negara jiran ini, tekanan lebih memihak kepada
mereka ketika Wales membuka kempen menumpaskan Slovakia 2-1 Ahad lalu.
Pemain sayap
Raheem Sterling berpeluang meletakkan skuad Three Lions di depan pada minit
ke-6 namun tolakannya dari jarak dekat selepas mendapat hantaran Adam Lallana
melambung melepasi palang.
Pada minit
ke-32, pengadil Dr Felix Brych tidak mengendahkan permintaan pemain England
selepas bola terkena tangan Ben Davies dalam kotak penalti.
Bintang Real
Madrid Gareth Bale yang menyumbat gol pertama menerusi sepakan percuma pada
aksi menentang Slovakia sekali lagi mengulangi kehebatannya apabila
percubaannya dari jarak lebih 30 meter gagal diselamatkan penjaga gol Joe Hart
di minit ke-42.
Terdesak
untuk mencari jaringan Hodgson memasukkan penyerang Vardy dan Sturridge bagi
menggantikan Harry Kane dan Sterling pada separuh masa kedua.
Ternyata
percaturan itu menjadi apabila Vardy yang tidak berada dalam keadaan ofsaid
mudah menyepak masuk gol penyamaan selepas perebutan bola di depan gol minit
ke-56.
Ketika perlawanan
tampak berkesudahan seri, penyerang Liverpool Sturridge berjaya meloloskan diri
daripada kawalan pertahanan Wales untuk merembat kencang gol kemenangan pada
minit ke-90.
SUMBER-Artikel
ini disiarkan pada : Jumaat, 17 Jun 2016 @ 9:10 AM
VARDY (dua
dari kiri) jaring gol penyamaan.
No comments:
Post a Comment