Ad

Tuesday 14 July 2015

Rusuhan di Low Yat angkara perkongsian maklumat palsu


KUALA LUMPUR – Rusuhan yang tercetus di Plaza Low Yat pada Sabtu lalu dan berlarutan sehingga semalam berpunca daripada maklumat palsu yang tersebar di media sosial.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Tajuddin Md. Isa berkata, tiada isu telefon tiruan atau masalah perkauman di sebalik kekecohan itu sebaliknya ia melibatkan kes kecurian tele­fon bimbit.

Menurut beliau, polis terus bertindak berhubung kecurian dan pergaduhan tersebut namun campur tangan pihak luar yang berhimpun di luar Plaza Low Yat memburukkan keadaan sehingga kawasan itu menjadi tegang.

“Orang ramai mudah percaya dengan maklumat palsu yang tersebar di media sosial menyebabkan insiden pergaduhan dan rusuhan ini tercetus,” kata beliau di sini semalam.

SUMBER-Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=0714&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_02.htm#ixzz3frEujAsE Hakcipta terpelihara

No comments:

Post a Comment